Proton Saga MC2 dapat sistem tanpa kunci, balutan kulit, skrin sesentuh baru; ESC untuk 1.3L Standard

Proton Saga MC2 dapat sistem tanpa kunci, balutan kulit, skrin sesentuh baru; ESC untuk 1.3L Standard

Sebelum ini, apa yang kita tahu tentang Proton Saga facelift 2022 hanyalah melalui spyshot. Walaubagaimanapun, sekarang sudah tersebar pula dokumen yang menunjukkan penawaran varian serta beberapa spesifikasi penting untuk model yang dipanggil ramai sebagai MC2 ini.

Pertama sekali, jumlah varian telah meningkat dari tiga menjadi empat, dengan yang baru adalah 1.3 Premium S AT, menyertai 1.3 Premium AT, 1.3 Standard AT dan 1.3 Standard MT. Berdasarkan nama varian ini, kami tidak menjangkakan perubahan bahagian mekanikal, yang bermakna, enjin empat silinder NA 1.3 liter sama, yang berkuasa 95 PS dan 120 Nm tork akan terus digunakan.

Menggunakan pacuan dua roda hadapan, pelanggan diberikan pilihan transmisi sama ada manual lima kelajuan ataupun automatik empat kelajuan (sama seperti sebelum ini). Bagi transmisi automatik empat kelajuan itu, ia sebenarnya adalah satu perubahan yang diperkenalkan pada Saga MC1 tahun 2019 dahulu, bagi menggantikan kotak gear CVT.

Daripada aspek rekaan, Saga akhirnya mendapat logo harimau terkini Proton yang mula diguna pakai pertama kali pada X70 versi CKD. Logo ini menggantikan logo lama pada gril hadapan serta penutup lubang tengah rim.

Proton Saga MC2 dapat sistem tanpa kunci, balutan kulit, skrin sesentuh baru; ESC untuk 1.3L Standard

Melihat satu persatu varian yang ada, 1.3 Standard MT akan terus menggunakan rim besi 14 inci (dengan penutup luar), lampu utama halogen, cermin sisi boleh dengan lampu penunjuk arah, pembuka but kawalan jauh, pemain audio biasa, dua pembesar suara, kawalan pendingin hawa manual dengan penapis N95, dua beg udara, ABS, EBD, BA, pengesan undur serta cagak Isofix.

Antara yang baru bagi model 2022 adalah panel untuk sistem kawalan pendingin hawa, panel tengah pada pemain audio serta corong pendingin hawa pada bucu papan pemuka. Walaupun begitu, kami masih belum tahu bagaimana rupa sebenarnya.

Varian 1.3 Standard AT juga menggunakan asas sama, tetapi dipertingkat dengan rim aloi 14 inci, lampu atas bumbung, tiga soket USB serta pemegang tangan di atas untuk penumpang hadapan dan belakang. Lebih penting lagi, ia juga datang dengan sistem keselamatan Electronic Stability Control (ESC), Traction Control dan Hill Hold Assist (sebelum ini hanya boleh didapati pada varian 1.3 Premium AT).

Berkenaan varian 1.3 Premium AT itu, ia juga mendapat beberapa peningkatan, termasuk rekaan rim 15 inci baru serta skrin sesentuh tujuh inci yang dikemas kini (berkemungkinan menggunakan sistem ATLAS OS baru). Ini adalah sebagai tambahan kepada ciri lainnya seperti lampu DRL LED, butang kawalan media pada stereng, lampu dalam but, tambahan dua lagi pembesar suara, kamera undur dan pengesan jarak hadapan.

Proton Saga MC2 dapat sistem tanpa kunci, balutan kulit, skrin sesentuh baru; ESC untuk 1.3L Standard

Tarikan utama bagi Saga MC2 ini adalah varian baru 1.3 Premium S AT. Ia mendapat kit badan seperti yang dilihat dalam spyshot sebelum ini dan berdasarkan dokumen yang tersebar itu, varian paling tinggi ini juga bakal menjadi Saga pertama yang mendapat cermin sisi boleh lipat secara automatik serta suis khas untuk membuka pintu but.

Satu lagi ciri yang pertama kali diberi pada Saga melalui varian baru ini adalah sistem tanpa kunci, yang juga datang dengan butang pemula enjin. Kelengkapan khas lain untuk varian ini adalah meter kombinasi paparan baru, roda stereng balutan kulit sintetik (bukan urethane), tempat duduk balutan separa kulit sintetik (bukan lagi fabrik), lampu dalam malap sendiri serta kemasan dalam bertemakan warna hitam.

Perincian seperti tarikh pelancaran serta harga masih belum diketahui dan kita masih perlu menunggu apabila waktunya semakin hampir nanti. Bagi Saga MC1 yang berada di pasaran sekarang, ia dijual pada harga antara RM32,800 ke RM39,800, dan kita boleh menjangkakan varian baru Saga MC2 nanti boleh mencecah sehingga RM40,000. Pendapat anda macam mana?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Proton Lover on Apr 22, 2022 at 8:37 am

    Harga berbaloi masih murah kerana ciri accesories ditingkatkan. Percaysi Saga MC mendapat sambutan baik oleh pembeli.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Zainal on Apr 22, 2022 at 9:23 am

    Saga ini ok tapi di bahagian belakang kalau kita lihat macam bontot jatuh tak menarik

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 11
    • The_Truth on Apr 25, 2022 at 8:18 am

      Mercedes bontot pun jatuh. Bontot tinggi sagat mcm bezza lagi la tak menarik

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • TunFck on Apr 24, 2022 at 10:11 pm

    Model tetap lama

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Pemilik kecewa on Apr 27, 2022 at 1:13 am

    Aku Rasa ramai owner saga mc1 bagitau SC yang lampu depan kurang terang. RnD proton sekarang ni memang mengarut je. Buat sticker Kuning la, fog light tukar DRL lah kalau lampu depan terang Aku boleh terima Lagi. Kalau arwah CEO dulu tak beli lotus, tak Ada dah proton sekarang ni. Orang beli proton sekarang sebab handling sedap je.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required