
Operasi jualan dan perkhidmatan selepas jualan bagi Audi Centre Setia Alam dilaporkan ditutup sementara, menurut berita yang dimuat naik oleh Audi Malaysia di laman Facebook rasminya.
Sepanjang penutupan sementara itu, Audi Malaysia menasihati pelanggannya untuk merujuk ke Audi Centre Glenmarie bagi bahagian sentral, sementara untuk pelanggan di utara boleh ke Audi Juru di Bukit Mertajam. Pembukaan semula Audi Centre Setia Alam ini akan diumumkan kelak menerusi saluran media sosial Audi Malaysia.
Dibuka pada Oktober 2019, Audi Centre Setia Alam dibangunkan di atas kewasan seluas 60,000 kaki persegi dan direka berasaskan konsep senibina Audi Terminal. Bangunan empat tingkat ini turut dilengkapi fasiliti 4S termasuk jualan, penyelenggaran, alat ganti dan khidmat mengecat badan kenderaan.
Ia terletak di No. 22A, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Audi Q5
dari RM 352,900
Audi Q5 Sportback
dari RM 421,990
Audi Q7
dari RM 462,272
Audi Q8 e-tron
dari RM 360,790
Audi Q8 e-tron Sportback
dari RM 379,990
Audi A3 Sedan
dari RM 338,990
Audi A5 Sportback
dari RM 440,990