Ducati siar video di sebalik pembangunan Desert X

Ducati siar video di sebalik pembangunan Desert X

Disember tahun lalu, Ducati telah mendedahkan sebuah model baru yang dipanggil sebagai Desert X. Dengan bentuknya yang tegak dan tinggi, pengeluar Itali itu bukan sahaja mahu menunjukkan motosikal ini boleh menyediakan tunggangan seperti jentera touring/adventure, tetapi juga adalah sebuah model dual purpose sebenar yang boleh dibelasah di kawasan mencabar.

Projek ini adalah sesuatu yang istimewa bagi Ducati memandangkan kebanyakan motosikal mereka lebih fokus kepada penggunaan atas jalan biasa, dan untuk memberikan lebih idea kepada orang ramai berkenaan pembangunannya, satu video khas selama 17 minit telah disiarkan.

Anda boleh menyaksikan sendiri temu ramah bersama jurutera dan pereka yang terlibat dalam pembangunan Desert X ini, dan ia merangkumi pelbagai bahagian seperti rekaan, teknikal, prestasi serta apa yang berlaku semasa dalam proses ujian.

Desert X dipacu oleh enjin sama seperti Multistrada V2, iaitu unit v-twin Testastretta 937 cc berkuasa 110 hp dan 92 Nm tork, namun transmisi enam kelajuannya telah diubah dengan nisbah gear satu dan dua yang lebih pendek. Mod tunggangan pula ada enam, iaitu Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally.

Demi menjadikannya lebih lasak, Desert X dipasang dengan rim 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, dibalut tayar Pirelli Scorpion Rally STR sementara suspensi pula datang daripada Kayaba dan boleh dilaras sepenuhnya untuk pra beban, mampatan dan lantunan. Bahagian hadapan menggunakan fork USD dengan jarak gerak 230 mm manakala bahagian belakang menggunakan monoshock dengan jarak gerak 220 mm.

GALERI: Ducati Desert X

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required