Model baharu Peugeot di Malaysia kini diberikan pakej lima-tahun/100,000 km bagi penyelenggaran percuma

Model baharu Peugeot di Malaysia kini diberikan pakej lima-tahun/100,000 km bagi penyelenggaran percuma

Bermaz Auto Alliance (BAASB) telah mengumumkan semua kenderaan baharu Peugeot di Malaysia kini didatangkan dengan waranti lima-tahun, 100,000 km dan penyelenggaran percuma (termasuk kos buruh, alat ganti dan minyak pelincir) serta merta.

Ini merupakan penambahbaikan dari pakej selepas jualan sebelum ini yang diberikan untuk model Peugeot, iaitu termasuk waranti lima-tahun, 100,000 km dan hanya tiga-tahun, 60,000 km bagi penyelenggaran percuma. Kemaskini tawaran ini turut diberikan oleh Bermaz Motor untuk model Mazda yang didaftarkan mulai 1 Januari 2019.

BAASB merupakan pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia dan buat masa ini menjual tiga model baharu iaitu 3008, 5008 dan 2008. Menurut syarikat ini, pakej selepas jualan yang dipertingkatkan ini adalah bagi memberikan ketenangan fikiran bagi semua pelanggannya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required