Proton taja 10 unit kenderaan untuk SUKIPT 2022

Proton taja 10 unit kenderaan untuk SUKIPT 2022

Proton telah berbesar hati untuk menaja 10 unit kenderaan yang terdiri daripada pelbagai modelnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022. Model kenderaan yang terlibat ialah lapan unit Proton Perdana, satu unit X70 dan satu unit Saga.

Temasya berkenaan akan diadakan dari 12 hingga 21 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, merupakan acara sukan dwi tahunan anjuran KPT. Terdapat 21 acara sukan dengan anggaran penyertaan kira-kira 6,000 atlet dan pegawai dari institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.

Sumbangan Proton ini diterima oleh Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Datuk Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Sukan dari Kementerian Pengajian Tinggi pada majlis penyerahan penaja yang diadakan di kementerian berkenaan baru-baru ini.

“Ini adalah kali kedua Proton menyokong SUKIPT setelah kami turut terlibat sebagai penaja temasya edisi tahun 2012. Kami berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam acara sukan yang penting untuk pelajar pengajian tinggi ini dan kami berharap penajaan kami akan membantu dalam memastikan kelancaran SUKIPT 2022,” kata Wan Ahmad Fadzli Bin Wan Mustafa, Pengurus Besar, Proton Edar.

Selain daripada peranannya dalam temasya ini, Proton juga telah menyumbang kepada pembangunan sukan di sekolah-sekolah di Tanjung Malim pada tahun ini. Antaranya sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada SMK dan SK Proton City pada 27 Jun lalu. Mnakala pada 28 Julai lalu pula, sumbangan tunai disampaikan kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Kuala Nerus, Terengganu, bagi menyokong program kecemerlangan akademik sekolah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required