Penunggang Shopee tendang cermin sisi Porsche 911

Penunggang Shopee tendang cermin sisi Porsche 911

Insiden yang berlaku antara motosikal yang sedang mencelah dengan kenderaan lain dalam trafik sesak memang sudah biasa berlaku dan ini ada satu lagi yang sedang tular. Tiada pertembungan antara dua kenderaan, tetapi ada sesuatu yang melayang.

Kereta yang terlibat juga bukan calang-calang, iaitu sebuah Porsche 911 yang dilihat dalam video ini cuba menukar laluan dari lorong paling kanan ke lorong kiri di sebelah, secara perlahan-lahan sambil memberi lampu penunjuk arah.

Dua motosikal dilihat memintas 911 ini sambil ada yang membunyikan hon dan selepas itu lalu pula penunggang yang memakai jaket oren dan membawa beg barangan Shopee. Beliau nampak seperti mengelak sedikit dan kemudiannya mengeluarkan kaki kanan untuk menyepak cermin sisi 911 tersebut.

Dengan cermin sisi yang sudah bersepai atas jalan, pemandu 911 tersebut mengalami lebih kesukaran untuk menukar lorong dan keadaan nampak lebih merisaukan. Walaubagaimanapun, selepas beberapa saat beliau berjaya masuk dengan selamat.

Di negara kita, mencelah di antara kenderaan, atau dipanggil sebagai lane filtering bagi motosikal memang dibenarkan, tetapi ia tidak bermakna ruang sempit itu adalah hak mutlak penunggang sehinggakan kenderaan lain tidak boleh menukar lorong (meskipun secara selamat) dan mereka boleh memecut laju di laluan itu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required