JPJ bagi amaran tak akan berkompromi modifikasi kenderaan untuk kempen sempena pilihanraya

JPJ bagi amaran tak akan berkompromi modifikasi kenderaan untuk kempen sempena pilihanraya

Sekali lagi kita sudahpun masuk ke musim pilihanraya. Seperti biasa, parti-parti politik kini giat menjalankan pelbagai kempen bagi meraih undi. Dan antara yang selalu dibuat adalah mengubahsuai kenderaan sebagai gimik kempen; ada yang mengubah kereta lama menjadi kereta kebal penuh dengan logo parti, dan ada juga mengubahsuai lori bagi dijadikan pentas bergerak.

Namun untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberikan amaran awal bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana parti politik yang melakukan modifikasi kenderaan untuk tujuan berkempen.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim dalam laporan Bernama, sekiranya terdapat kenderaan didapati tidak menepati spesifikasi seperti yang ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat sebagai kenderaan komersial, ia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan.

“Tidak ada lesen besar untuk mana-mana parti membuat ubah suai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini,” katanya .

Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, manakala proses penamaan calon akan dibuat pada 5 Nov nanti dan diikuti pengundian awal pada 15 Nov.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required