VIDEO: Myvi jalan mengundur di Lebuhraya Pasir Gudang, undang bahaya kepada pengguna lain!

VIDEO: Myvi jalan mengundur di Lebuhraya Pasir Gudang, undang bahaya kepada pengguna lain!

Rata-rata penduduk sekitar Johor Bahru bersetuju bahawa antara jalan yang paling ‘menakutkan’ untuk memandu di sana sudah tentulah di Lebuhraya Pasir Gudang – bukan sahaja kerana keadaan jalannya yang tidak baik, malah ia dipenuhi dengan lori yang menuju ke Pelabuhan Pasir Gudang dan kawasan perindustrian sekitarnya.

Namun pagi ini, seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Adriana Adrian memuatnaik aksi sebuah Perodua Myvi yang dipandu bukan sahaja dengan gaya pelik, malah agak membahayakan pengguna lain dengan mengundur ala-Brian O’Conner dalam filem 2 Fast 2 Furious di lorong tengah Lebuhraya Pasir Gudang berkenaan!

Menurut kapsyen yang ditulis pada video berkenaan, Perodua Myvi berwarna hitam tersebut dipandu dalam keadaan mengundur dari Petron Seri Alam di Masai menuju ke Pasir Gudang. Video ini baru sahaja dimuat naik tidak sampai tiga jam, jadi masih tidak ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang apa yang sebenarnya terjadi.

Namun walau apapun alasannya, memang tidak sepatutnya mana-mana individu membuat tindakan yang merbahaya seperti ini. Kalau apa-apa terjadi, ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, paling teruk tindakan seperti ini mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain!

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required