Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia lancar pusat 4S baharu terletak di Bukit Tinggi, Klang

Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia lancar pusat 4S baharu terletak di Bukit Tinggi, Klang

Wheelcorp Premium telah meraikan ulang tahun ke-10 sebagai pengedar BMW bertauliah di Malaysia dan baru-baru ini telah melancarkan pusat 4S baharu dengan kerjasama BMW Group Malaysia. Terletak di Bukit Tinggi, Klang, fasiliti baharu ini disasarkan untuk memberikan perkhidmatan buat pelanggan di sekitarnya termasuk Shah Alam, Setia Alam dan Kota Kemuning.

Dengan keluasan 170,000 kaki persegi, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi menawarkan pemilihan yang meluas untuk model kenderaan dari BMW dan MINI, serta kereta pra-pemilikan menerusi program BMW Premium Selection dan MINI Next.

Ruang pameran mampu menempatkan sehingga sembilan unit BMW, empat MINI dan 25 unit kereta pra-pemilikan. Selain itu, pusat 4S ini turut menempatkan pengecas pantas DC yang boleh digunakan menerusi aplikasi ChargEV.

Untuk perkhidmatan selepas jualan, fasiliti ini turut memiliki 20 petak penyelenggaraan, membolehkannya mengendalikan hampir 80 temujanji sehari, termasuk menyediakan khidmat fast-lane untuk pelanggan yang perkhidmatan baik pulih dan selenggara on-the-go.

Selain itu, fasiliti ini turut menempatkan ruang NEXTGen Luxury, Ogawa Relaxation Zone serta kaunter mini Starbucks di salah satu ruang Isetta Bar. Pelanggan juga boleh menguruskan pembaharuan insurans, jual-beli kenderaan, membeli cenderahati rasmi dan sebagainya di seksyen yang didedikasikan di bilik pameran.

“Pelanggan sentiasa berada di setiap langkah yang kami di BMW Group Malaysia lakukan dan sebagai peneraju segmen premium industri automotif Malaysia, kami sering melihat kawasan baharu yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan kami. Ini termasuklah Klang, Shah Alam, Kota Kemuning dan Setia Alam di Lembah Klang.

Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia lancar pusat 4S baharu terletak di Bukit Tinggi, Klang

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami melihat segmen premium dalam bidang ini mampu berkembang lebih 20% dan kami perlu menonjolkan jenama kami bagi memenuhi pertumbuhan ini,” kata Hans de Visser, pengarah urusan BMW Group Malaysia.

Menurut Jayden Liew selaku pengarah pengurusan Wheelcorp Premium pula, “Sebagai salah satu pusat peruncitan dan perkhidmatan bebas terbesar untuk BMW Group Malaysia selama 10 tahun dan seterusnya, kami tetap komited untuk menjadikan pengalaman BMW dan MINI melangkaui pembelian pelanggan dengan menjadikan kepuasan mereka keutamaan nombor satu kami.”

Wheelcorp Premium Bukit Tinggi terletak di Lot 142646, Jalan Remia 5/KS 07, Ambang Botanik, 41200 Klang Bandar Diraja, Selangor dan ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada Ahad.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required