Proton jual 141,432 unit kenderaan sepanjang 2022, paling tinggi sejak 2013 — naik 23.3% berbanding 2021

Proton jual 141,432 unit kenderaan sepanjang 2022, paling tinggi sejak 2013 — naik 23.3% berbanding 2021

Proton telah umumkan yang jualan bulan Disember 2022 bagi domestik dan eksport adalah sebanyak 14,750 unit. Angka berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 30.3% (atau 3,434 unit) berbanding 11,316 unit yang direkodkan pada November. Ini juga menjadikan jumlah jualan keseluruhan Proton sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 141,432 unit, angka tertinggi sejak 2013.

Jualan ini juga meningkat sebanyak 26,724 unit (atau 23.3%) berbanding 2021, yang merekodkan jualan 114,708 unit ketika itu. Pertumbuhan kali keempat berturut-turut ini turut menyaksikan jumlah eksport meningkat kepada 5,406 unit, naik sebanyak 74% (atau 2,298 unit) daripada 3,108 unit yang dieksport pada 2021. Ini meletakkan Proton ditangga kedua penjualan bagi tahun lalu, dengan anggaran perkongsian pasaran sebanyak 19.6%.

Melihat kepada pecahan mengikut model pula, Saga terus menjadi yang paling laris. Sebanyak 5,913 unit sedan berkenaan dijual bulan lalu, dengan jualan tahunannya sebanyak 55,878 unit. Ini merupakan peningkatan 31.1% berbanding pada tahun 2021.

Sementara itu, X50 pula menjadi penyumbang kedua terbesar, dengan 40,681 unit terjual pada 2022, mewakili peningkatan 41.4% berbanding 2021. Pada Disember, Proton telah menyerahkan 3,764 unit SUV berkenaan kepada pelanggan. X70 pula mencatatkan 18,533 unit jualan (naik 13.1% berbanding 2021), sementara Exora menyumbang sebanyak 4,275 unit (naik 5.9% berbanding 2021).

Proton jual 141,432 unit kenderaan sepanjang 2022, paling tinggi sejak 2013 — naik 23.3% berbanding 2021

Bagi Persona, turut ada peningkatan kecil terhadap jualannya walaupun berdepan dengan masalah kekurangan cip. Sebanyak 16,357 unit terjual, peningkatan 1.3% berbanding 2021. Hanya Iriz yang mencatatkan penurunan jualan sebanyak 14.9% pada 2022.

“2022 adalah tahun pencapaian dan juga sangat mencabar buat Proton. Kesan bencana banjir di penghujung 2021 turut memberi kesan pada suku pertama tahun 2022, menyaksikan kami bekerjasama dengan vendor untuk mengembalikan bekalan,” ujar Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah.

Roslan menjelaskan, syarikat yakin untuk mencapai pertumbuhan lebih pesat untuk 2023 dengan kehadiran barisan model baru, walaupun merasa ragu-ragu dengan pertumbuhan TIV. “Kami menjangkakan TIV akan menurun berbanding apa yang dicapai pada 2022, memandangkan tempahan yang diambil sepanjang tempoh pengecualian cukai akan dipenuhi penghujung Mac nanti. Kadar faedah juga dijangka meningkat sekali lagi tahun ini, jadi agak sukar industri automotif untuk mengekalkan corak peningkatan jualan tersebut,” tambah beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required