Denza N7 – fastback crossover akan ditawarkan dalam versi PHEV dan BEV, 0-100 km/j dalam tiga saat

Denza N7 – fastback crossover akan ditawarkan dalam versi PHEV dan BEV, 0-100 km/j dalam tiga saat

Syarikat kerjasama antara BYD dan Mercedes-Benz, iaitu Denza telah mendedahkan gambar awal untuk model terbaru mereka, N7, yang merupakan sebuah fastback crossover dengan rekaan menyamai model konsep Inception yang ditunjuk tahun lepas.

Setakat ini hanya bahagian luar yang ditunjuk, dan seperti Inception, bentuknya juga seakan mengingatkan kepada Ford Mustang Mach-E dengan persamaan pada bahagian lengkuk roda serta belakangnya.

Melihat kepada gambar ini juga, kita dapat menjangka N7 akan datang dengan sensor Lidar yang terdapat pada bampar hadapan, sementara apabila melihat tembus ke dalam, terdapat seakan sensor pengenalan muka di bahagian A-pillar. Papan pemuka juga dilihat mempunyai skrin di bahagian tengah.

Spesifikasi lengkap masih belum didedahkan, tetapi Car News China meletakkan jangkaan N7 bakal menggunakan dimensi hampir sama seperti Inception, dengan ukuran 4.9 meter panjang dan jarak roda 2.9 meter.

Mengikut laporan Car News China lagi, Denza N7 akan ditawarkan dalam versi plug-in hybrid serta juga elektrik penuh (BEV), dengan model paling berkuasa mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa tiga saat.

MPV mewah yang dikeluarkan oleh Denza, iaitu D9, juga ada ditawarkan dalam versi PHEV dan BEV. Jika melihat kepada versi BEV, ia menggunakan pek bateri BYD Blade (kapasiti tidak diberitahu) yang boleh dicas sehingga kadar 166 kW dan menawarkan jarak gerak sehingga 600 km.

Untuk D9 versi PHEV, ia mendapat padanan enjin petrol 1.5 liter turbo dengan motor elektrik dan bateri yang kapasiti serta jumlah kuasanya lebih kecil. D9 PHEV dikatakan boleh memberi jarak gerak EV sehingga 190 km sementara jarak gerak keseluruhan boleh mencecah 1,040 km.

Menurut laporan CNEV Post, pengurus kanan bahagian jualan Denza, Zhao Changjiang memberitahu bahawa Denza N7 akan mula dijual di China pada suku kedua tahun ini dengan harga sasaran sekitar 400,000 yuan (RM258,007). Sebagai perbandingan, D9 dijual pada harga bermula 390,000 yuan (RM254).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required