Yamaha Aerox/NVX 155 pasaran Thailand dapat empat warna baru yang lebih menyerlah – dari RM9.3k

Yamaha Aerox/NVX 155 pasaran Thailand dapat empat warna baru yang lebih menyerlah – dari RM9.3k

Pembaharuan grafik adalah perkara biasa yang dilakukan pengeluar untuk kembali menyegarkan motosikal dalam pasaran, dan di sini anda boleh melihat yang terbaru dilakukan oleh Yamaha di Thailand untuk Aerox atau juga dikenali sebagai NVX di pasaran negara kita.

Jika warnanya biasa-biasa sahaja, mungkin kami pun tidak bersemangat untuk tunjukkan kepada anda, tetapi kali ini warna dan grafiknya cukup menyerlah terutamanya warna ungu dan biru yang disediakan untuk versi ABS di negara itu. Ia menggunakan konsep seakan futuristik dengan warna neon.

Sementara kedua-dua penampilan baru untuk Aerox ABS mendapat rim yang berwarna hitam, varian standard pula mendapat satu penampilan baru yang menggunakan rim berwarna biru muda dan dipadankan dengan grafik kelabu/biru. Satu lagi warna baru untuk versi standard menggunakan padanan warna putih dan merah.

Bagi pasaran kita, kali terakhir NVX diberikan grafik baru adalah pada bulan Oktober tahun lepas, dengan dua warna baru disediakan untuk masing versi Standard, dan juga ABS. Harganya pada waktu itu adalah RM9,598 untuk versi Standard dan RM11,498 untuk versi ABS, tidak termasuk insurans.

NVX 155 dipacu oleh enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api 155 cc dengan sistem VVA, menghasilkan 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm tork pada 6,500 rpm. Sementara versi Standard hanya tidak dilengkapi brek ABS, tetapi masih mendapat panel instrumen digital LCD dan lampu LED, versi ABS pula selain kelebihan pada bahagian brek, turut ditambah dengan sistem start/stop, suspensi belakang dengan subtank serta sistem kunci pintar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required