Hap Seng Smart jadi pengedar Pro-Net – EV smart #1 dijual di bilik pameran Mercedes-Benz mulai Q4 2023

Hap Seng Smart jadi pengedar Pro-Net – EV smart #1 dijual di bilik pameran Mercedes-Benz mulai Q4 2023

Proton New Energy Technology (Pro-Net) telah melantik Hap Seng Smart sebagai pengedar bertauliah yang pertama untuk EV smart di Malaysia. Sebagai makluman, Pro-Net merupakan anak syarikat kepada Proton selaku pengedar dan pengimport kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

Sementara itu, Hap Seng Group merupakan syarikat induk yang dinaungi oleh Hap Seng Smart, yang memiliki 50 tahun pengalaman dalam industri automotif. Syarikat ini juga mengendalikan beberapa pengedaran bagi jenama Mercedes-Benz di sini.

“Pro-Net percaya kecemerlangan automotif adalah lebih baik berbanding mencipta kenderaan yang terbaik. Ia juga bermakna menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar dan komprehensif. Pengedar baharu ini menandakan kemasukan Pro-Net ke dalam pasaran automotif runcit premium, serta pasaran EV terbaharu di Malaysia,” kata Zhang Qiang, CEO Pro-Net.

“Kerjasama antara Kumpulan Hap Seng melalui Hap Seng Smart dan Pro-Net mencerminkan bukan sahaja keyakinan kami terhadap daya tarikan universal pintar tetapi juga menunjukkan komitmen kami bagi mempromosikan masa depan mobiliti rendah karbon di Malaysia,” kata Harald Behrend, selaku CEO Kumpulan Hap Seng Consolidated dan Ketua Eksekutif Hap Seng Automotive Division.

Bilik pameran smart pertama kelolaan Hap Seng Smart ini dijadualkan akan mula beroperasi pada suku keempat (Q4) tahun ini di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Disusuli dengan pembukaan bilik pameran lain di Balakong, Selangor, yang akan berdasarkan konsep kesenian, ditempatkan berhampiran Hap Seng Star Balakong Autohaus.

Model smart pertama iaitu #1, akan mula dijual di pasaran tempatan pada suku ketiga (Q3) tahun ini. #1 merupakan kenderaan pertama oleh smart Automobile, hasil kerjasama antara Mercedes-Benz dan Geely, yang bertanggungjawab dalam rekaan EV terbabit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required