12 konsesi lebuhraya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai Sept 2023

12 konsesi lebuhraya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai Sept 2023

Sejumlah 12 syarikat konsesi lebuhraya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka di lebuhraya kendalian masing-masing mulai September ini. Sistem ini melibatkan pembayaran termasuk menggunakan kad debit dan kedit, selain masih menggunakan kaedah sedia ada seperti RFID dan Touch n’ Go.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walau bagaimana pun, masih ada syarikat lain belum menyatakan persetujuan dan kerajaan berharap mereka akan tampil menyokong inisiatif baharu itu nanti.

“Proses percubaan akan dilakukan pada Julai depan dan kerajaan akan meneliti semua aspek dalam memastikan tidak timbul masalah kepada pengguna selepas pelaksanaan sistem berkenaan. Ia tak boleh dibuat dengan tergesa-gesa,” katanya.

Senarai syarikat konsesi lebuhraya yang bersetuju untuk pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka:

  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA atau E9)
  • Lebuhraya Pantai Baharu (NPE atau E10)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH atau E12)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE atau E35)
  • Jambatan Pulau Pinang (E36)
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (E15)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP atau E11)
  • Lebuhraya SPRINT (E23)
  • Lebuhraya Shah Alam (E5)
  • Terowong SMART (E38)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX atau E20)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE atau E33)

12 konsesi lebuhraya setuju laksana sistem pembayaran tol terbuka mulai Sept 2023

Menurut beliau lagi, perbincangan dengan syarikat konsesi lebuhraya mengambil masa yang lama kerana adalah penting untuk menilai risiko keselamatan yang akan timbul daripada menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran kadar tol. “Kami mahu memastikan semua isu keselamatan tidak berlaku, jadi kami tidak boleh tergesa-gesa melaksanakannya,” katanya.

Pada Mac lalu, PLUS telah mengumumkan pengguna lebuhraya yang ingin menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol boleh menggunakan lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, Nanta turut berkata, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini adalah salah satu langkah untuk peralihan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai-Lorong atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF). Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya, Nanta turut berkata, DUKE juga akan menjadi lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) bagi menilai sistem MLFF selepas Lebuhraya BESRAYA. POC dijangka bermula pada penghujung Oktober 2023.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required