Honda CR-V 2023 generasi keenam dilihat sekali lagi

Honda CR-V 2023 generasi keenam dilihat sekali lagi

Honda CR-V generasi keenam sekali lagi dilihat sedang diuji di Malaysia, oleh seorang pembaca, Johnson Ng terserempak dengan CR-V terbaru ini yang masih dalam pelekat samaran, ketika dalam perjalanan naik ke Genting Highlands. Sebelum ini, model sama sudah pernah dikesan sedang diuji di sini.

Rasanya tidak terlalu lama lagi CR-V serba baru ini akan diperkenalkan di Malaysia. Mac lalu, Honda Malaysia umumkan yang syarikat itu akan memperkenalkan empat model baru tahun ini di sini, dan CR-V akan jadi satu daripadanya. Memandangkan kita sudah hampir tiba di penghujung suku ketiga 2023, pengenalannya mungkin akan dilakukan dalam suku keempat nanti.

Honda CR-V generasi keenam serba baru ini membuat penampilan global pada Julai tahun lalu, dan hadir dengan saiz yang sedikit lebih panjang dan lebar, dengan ruang kabin yang lebih luas berbanding model sebelumnya. Ruang kaki penumpang belakang misalnya kini melibatkan pertambahan 15 mm.

Honda CR-V 2023 generasi keenam dilihat sekali lagi

Tataletak ruang kabin SUV ini juga sangat mirip dengan apa yang pernah dilihat untuk Civic generasi ke-11, dengan konsol tengah lebih besar yang membolehkan tombol gear diletak bersebelahan denga pemilih mod pemanduan, butang kawalan menuruni cerun dan suis brek parkir elektronik.

Untuk penawaran spesifikasi yang boleh dijangkakan untuk pasaran tempatan, apa yang ada di Thailand boleh dijadikan rujukan ketika ini. Diperkenalkan pada Mac lalu di sana, CR-V hadir dengan dua pilihan sistem janaan — pertama, unit 1.5L turbo petrol yang menghasilkan 190 hp pada 6,000 rpm dan 242 Nm tork dari 1,700 rpm hingga 5,000 rpm, dan digandingkan dengan CVT.

Pilihan kedua pula ialah sistem hibrid i-MMD yang sama seperti Civic e:HEV; enjin 2.0 liter kitaran Atkinson empat-silinder dengan e-CVT, dengan keseluruhannya menghasilkan 207 PS dan 315 Nm tork. Di Thailand, CR-V ditawarkan dengan konfigurasi lima atau tujuh-tempat duduk. Tetapi untuk Malaysia, seperti juga sebelum ini, kita mungkin hanya akan menerima versi lima-tempat duduk sahaja.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required