KLIA Transit perkenal promosi Hari Merdeka – diskaun tambang dewasa 46% pergi-balik KL Sentral-Putrajaya

KLIA Transit perkenal promosi Hari Merdeka – diskaun tambang dewasa 46% pergi-balik KL Sentral-Putrajaya

Jika ada yang merancang untuk ke Putrajaya pada 31 Ogos ini bagi meraikan sambutan Kemerdekaan ke-66, anda boleh menaiki pengangkutan awam. Selain Rapid KL yang melanjutkan operasi bagi perkhidmatan bas dan rel, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit untuk ke sana.

Sempena Hari Merdeka ini, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) selaku pengendali KLIA Ekspres dan KLIA Transit menawarkan promosi diskaun tambang sebanyak 46% untuk tiket pergi dan balik dari KL Sentral ke Putrajaya. Kempen promosi berkenaan hanya berlangsung pada 31 Ogos sahaja.

Ini bermakna tambang dua hala tersebut hanyalah RM15 berbanding kadar biasa berharga RM28. Menurut ERL, tawaran ini hanya sah untuk perjalanan dari KL Sentral menuju ke stesen Putrajaya dan Cyberjaya sahaja. Dan kadar diskaun tersebut untuk penumpang dewasa, manakala bagi penumpang berusia 6-15 tahun hanya dikenakan tambang sebanyak RM1 berbanding kadar biasa RM12.60, dan percuma untuk kanak-kanak di bawah enam tahun.

ERL turut berkata, tren pertama akan bergerak dari KL Sentral menuju ke Putrajaya seawal jam 4.30 pagi. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya, dengan menggunakan pengangkutan awam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required