Ketika pelancaran Ibu Pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya hari ini, turut didedahkan bahawa unit terawal bagi Tesla Model 3 ‘Highland’ facelift akan tiba di Malaysia dalam bulan ini, dengan serahan kepada pelanggan akan dimulakan pada penghujung tahun 2023 nanti.
Model 3 yang diperbaharui itu merupakan model kedua Tesla yang ditawarkan untuk pasaran tempatan selepas mula diumumkan bulan lalu, dan bakal didatangkan dalam dua versi. Pilihan paling asas untuk pasaran tempatan bermula dengan harga RM189,000, sementara versi Dual Motor All-Wheel Drive dijual dengan harga RM218,000. Spesifikasi untuk setiap satu adalah seperti berikut:
Tesla Model 3 Rear-Wheel Drive
Tesla Model 3 Dual Motor All-Wheel Drive
Selepas memilih sistem janaan, terdapat beberapa lagi pilihan yang boleh ditambah untuk Model 3. Antaranya ialah:
Warna luaran
Rim
Warna dalaman
Sistem bantuan pemandu
Perlu dinyatakan, serahan kepada pelanggan bagi Model 3 akan dilakukan terlebih dahulu sebelum Model Y, walaupun Model Y yang diperkenalkan dahulu untuk pasaran Malaysia pada Julai lalu. Serahan untuk Model Y pula dijangka akan dilakukan pada awal tahun 2024.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.