Nammi 01 S31 bakal tiba di M’sia melalui Pekema, Dongfeng — EV kompak, 200 km dengan cas lapan minit

Nammi 01 S31 bakal tiba di M’sia melalui Pekema, Dongfeng — EV kompak, 200 km dengan cas lapan minit

Persatuan Penjual dan Pengimport Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mengumumkan melalu laman Facebook (yang sudah dipadamkan) yang pihaknya bersama Dongfeng untuk membawa masuk model Nammi S31 ke pasaran Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan di Facebook itu agak ringkas, dan hanya menyatakan ketibaan Nammi S31 ke Malaysia adalah hasil kerjasama antara Pekema dan Dongfeng.

Menurut Gasgoo, S31 merupakan kod nama bagi model pertama yang muncul daripada Dongfeng di bawah jenama Nammi, dan itu merujuk kepada model Nammi 01 yang membuat penampilan sulung pada Ogos lalu. Model berkenaan disasarkan untuk bersaing di dalam pasaran kenderaan elektrik seperti Wuling Air EV.

Nammi 01 S31 bakal tiba di M’sia melalui Pekema, Dongfeng — EV kompak, 200 km dengan cas lapan minit

Ketika pengenalannya, Nammi 01 menampilkan motor elektrik 163 hp yang dikuasakan oleh bateri dengan kuasa 157 Wh per kg, dan boleh dicas untuk mendapatkan 200 km dalam masa hanya lapan minit.

Dongfeng menyatakan kenderaan EV Nammi pertama akan menggunakan platformbaru untuk menyokong bateri solid-state, walaupun tidak nyatakan waktu itu yang Nammi 01 secara khususnya akan menerima bateri solid-state tersebut.

Jenama Nammi mensasarkan untuk membawakan model pertamanya ke pasaran China pada suku keempat tahun ini, dan merancang untuk memperkenalkan satu atau dua model ada 2024. Dua lagi model dirancan untuk pasaran domestik China pada 2025, dengan sasaran jualan tahunan 400,000 unit menjelang 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required