Tesla Model Y terbakar di Puchong malam tadi – kebakaran EV pertama direkodkan di Malaysia?

Tesla Model Y terbakar di Puchong malam tadi – kebakaran EV pertama direkodkan di Malaysia?

Malam tadi tular di pelbagai platform media sosial memaparkan video sebuah Tesla Model Y yang dikatakan diparkir berdekatan Skypod di Puchong telah terbakar.

Punca kejadian tersebut masih belum diketahui. Ini mungkin kejadian pertama yang merekodkan kebakaran kereta elektrik pertama di Malaysia, namun kejadian ini perlu disiasat terlebih dahulu oleh pihak berkuasa bagi menentukan puncanya.

Menerusi komen-komen warga maya yang kami baca di media-media sosial, api yang menjilat Tesla berkenaan dapat dipadamkan dengan mudah selepas pasukan Bomba tiba di tempat kejadian.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian ini berlaku di Jalan Puchong Jaya dan Tesla Model Y berkenaan tiba-tiba terbakar ketika dipakir di tepi jalan. Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.32 malam, dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

Tesla Model Y terbakar di Puchong malam tadi – kebakaran EV pertama direkodkan di Malaysia?

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan,” kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar. Beliau menambah kes ini diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

Menerusi video yang tersebar, kebakaran tersebut seperti bermula dari bahagian fender hadapan sebelah kiri kereta tersebut. Jadi ada kemungkinan ia bukan disebabkan bateri kerana untuk Tesla komponen berkenaan terletak pada bahagian lantai.

April lalu satu kejadian “kebakaran kenderaan elektrik” telah dilaporkan berlaku di hadapan Suria KLCC, melibatkan beberapa skuter elektrik milik syarikat sewaan mobiliti, Beam.

Walau bagaimanapun hasil siasatan pihak berkuasa mendedahkan ia bukan berpunca dari bateri skuter tersebut, sebaliknya adalah perbuatan khianat seorang lelaki berumur 34-tahun. Lelaki berkenaan telah direman dan kes itu disiasat di bawah di Seksyen 435 Kanun Keseksaan

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required