Proton S70 – adakah enjin 1.5L NA & kotak gear CVT yang lebih murah akan ditawarkan selepas ini?

Proton S70 – adakah enjin 1.5L NA & kotak gear CVT yang lebih murah akan ditawarkan selepas ini?

Proton belum lagi mengumumkan harga sebenar bagi sedan segmen-C S70, tetapi sudah ada analisa yang dibuat menjangkakan varian paling mampu milik bagi model ini mungkin akan dijual pada harga RM85,000. Ia sudah cukup murah kerana model ini dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder dan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan, berbanding model-model lain dalam julat harga yang sama kebanyakkan dijana oleh enjin 1.5 liter NA dengan kotak gear CVT.

Namun sekiranya Proton turut menawarkan S70 dengan varian yang dijana enjin 1.5L NA sama seperti kembarnya di pasaran China iaitu Geely Emgrand, bukankah ia boleh dijual pada harga lebih murah iaitu sekitar RM60,000-RM65,000? Adakah Proton bercadang untuk menawarkan varian lebih rendah seperti itu pada masa akan datang bagi membolehkan S70 dijual dalam kuantiti yang lebih banyak?

Dalam sesi soal jawab semasa berlangsungnya pra-tonton S70 di Proton Shah Alam dua minggu lalu, wakil kami, Hafriz Shah sempat bertanya berkenaan perkara ini. Dan menurut Proton buat masa sekarang tiada lagi perancangan untuk menghasilkan S70 dalam versi lebih mampu milik dengan enjin kurang berkuasa berkenaan.

Proton S70 – adakah enjin 1.5L NA & kotak gear CVT yang lebih murah akan ditawarkan selepas ini?

Alasannya adalah kerana bentuk jalan raya Malaysia yang berbukit bukau menjadikan enjin 1.5 liter turbo yang lebih berkuasa dan juga kotak gear 7DCT yang lebih responsif adalah perlu untuk sebuah sedan segmen C. Sebarang unit rangkaian kuasa yang lebih rendah dari gandingan berkenaan akan menjadikan pemanduan tidak seronok.

Malah buat masa sekarang, kilang enjin Proton di Tanjung Malim hanya menghasilkan enjin 1.5 liter tiga silinder dalam versi MPI dan T-GDI (dikenali dengan kod GEP3), dan belum ada fasiliti yang memasang enjin 1.5 liter NA.

Proton S70 bakal ditawarkan dalam empat varian berbeza bermula dengan varian asas Executive, Premium, Flagship dan Flagship X. Perbezaan penawaran spesifikasi antara varian boleh anda baca ada PAUTAN INI, dan kami turut sudah menguji sedan ini di litar ujian Proton dua minggu lalu di mana ulasannya boleh anda baca pada PAUTAN INI.

Proton S70 – adakah enjin 1.5L NA & kotak gear CVT yang lebih murah akan ditawarkan selepas ini?

Harga sebenar model ini akan diumumkan pada pelancarannya yang akan dibuat pada 4.30 petang Selasa minggu depan (28 November 2023). Proton turut mewujudkan satu laman web mikro untuk pelancaran ini yang boleh anda daftarkan minat pada PAUTAN INI.

Apa pula pendapat anda, adakah Proton perlu menghasilkan S70 dalam versi kuasa lebih rendah tetapi lebih mampu milik? Atau spesifikasi yang ditawarkan buat masa sekarang sudah memadai? Kongsikan pendapat anda dalam ruang komen di bawah atau pada laman-laman sosial kami.

GALERI: Proton S70 Flagship dan Flagship X 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Vincent on Nov 23, 2023 at 3:22 pm

    1.6 NA with Manual option with price of RM68k with be a good offer.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • kipKEEP1230 on Nov 24, 2023 at 12:15 am

    Spec enjin 1.5NA wajar diwujudkan sebab boleh guna untuk kegunaan teksi, airport limo. Tapi tak begitu yakin kalau CVT untuk kegunaan lasak. Kalau kotak gear 6 kelajuan manual atau auto mungkin lebih sesuai.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required