Toyota telahpun mendedahkan model konsep EV yang digelar sebagai Toyota Sport Crossover Concept di Eropah ketika melangsungkan forum Knshiki di Brissels, Belgium. Sebelum ini model yang sama telahpun didedahkan di Auto Shanghai 2023 yang berlangsung pada April lalu dengan nama bZ Sport Crossover Concept.
Menurut Toyota versi produksi Sport Crossover ini akan dijual di Eropah pada 2025. Ia adalah model yang dibangunkan oleh syarikat kerjasama BYD Toyota EV Technology (BTET) di China, dan merupakan salah satu dari enam model EV yang akan dijual di Eropah menjelang tahun 2026.
Model konsep ini menggunakan konsep rekaan signatur terkini Toyota yang menampilkan muka dengan jalur lampu hammerhead yang kini sudah digunakan pada model-model produksi seperi Toyota Crown, Prius dan Camry. Ia tampil dengan badan seperti fastback yang begitu aerodinamik, ditambah dengan soiler ekor itik pada but belakang. Rekaan lampu belakang pula dibuat dengan jalur menyala seperti rekaan lampu hadapan.
Unit yang di bawa ke Eropah tesebut mengenakan warna bada berbeza dari bZ Concept di China sebelum ini, dan ia tidak dilengkapi dengan penderia Lidar yang sepatutnya diletak pada bahagian bumbung serta tiada panel kemasan pada fender hadapan.
Gambar bahagian dalaman juga belum disiarkan dengan jelas, tetapi boleh dilihat ia diberikan kabin ringkas bersama roda stereng bebentuk yok.
“Ia akan memberikan bayangan menarik untuk pelanggan yang pertama kali membeli kereta elektrik dan alternatif selain SUV yang bergaya. Ia menawarkan keselesaan maksima digandingkan dengan pratikalii sebuah kenderaan lima pintu, ruang but dan juga ruang kaki yang besar,” kata Toyota.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.