Peugeot e-2008 EV 2024 dikesan di Malaysia – GT facelift dengan 156PS, jarak 406 km, bakal dilancar?

Peugeot e-2008 EV 2024 dikesan di Malaysia – GT facelift dengan 156PS, jarak 406 km, bakal dilancar?

Nampak gayanya kita memang bakal menerima kehadiran Peugeot e-2008 dalam pasaran tempatan. SUV elektrik buatan Perancis ini baru dikesan sedang dicas di stesen pengecasan di X Park Sunway Serene, seperti yang dimuatnaik di Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) di Facebook oleh Azlan Mahmud.

Model e-2008 ini dikesan dengan rupa facelift, hasil penampilan lampu utama LED tiga-projektor yang disemak semula (menandakan ia sebagai model GT yang bergaya), gril yang lebar, lampu nyalaan siang LED tiga bentuk-cakaran dan juga lampu belakang yang direka semula. Ia juga tampil dengan warna hero Selenium Grey, bumbung hitam (satu lagi signiture GT) dan roda aloi hitam “Evissa” 18-inci.

Varian ini dikhabarkan mampu menghasilkan hingga 156 PS (115 kW) dan 260 Nm dari motor hadapan, sekaligus memberikan pertambahan 20 PS berbanding model terdahulu. Ia dijanakan oleh bateri yang lebih besar berkapasiti 54 kWh (sebelum ini 50 kWh) yang meningkatkan jarak pacuan dari 345 km menjadi 406 km.

Peugeot e-2008 EV 2024 dikesan di Malaysia – GT facelift dengan 156PS, jarak 406 km, bakal dilancar?

SUV ini boleh dicas menggunakan sumber DC dengan sambungan CCS2 pada kadar sehingga 100 kW, dan bateri boleh capai status pengecasan 20-80% dalam masa cuma 30 minit. Apabila menggunakan AC dengan sambungan Type 2 (sehingga 11 kW), 4 jam 40 minit diperlukan untuk pengecasan penuh.

Ciri lain yang bakal diterima termasuklah kluster instrumen digital 10-inci yang disemak semula, skrin sesentuh infotainmen 10-inci (tujuh-inci pada model sebelumnya), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar serta warna baharu untuk pencahayaan ambien. Pemiliknya juga bakal menerima tiga port USB Type C iaitu dya unit di hadapan dan satu di belakang.

Buat setakat ini, kita masih belum mengetahui bilakah e-2008 ini akan dilancarkan di Malaysia, namun Stellantis telah pun memberikan ‘hint’ ia akan berlaku sekitar pertengahan tahun ini. Harganya juga belum didedahkan, namun disebabkan ia dipasang secara tempatan (CKD), malah dikhabarkan baterinya juga dibangunkan di sini, maka dijangkakan harganya akan menjadi lebih kompetitif.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required