Projek garisan jalan ‘glow in the dark’ dilaksanakan di N.Sembilan Jun ini – Rembau, K.Pilah; kos RM500k

Projek garisan jalan ‘glow in the dark’ dilaksanakan di N.Sembilan Jun ini – Rembau, K.Pilah; kos RM500k

Kini giliran Negeri Sembilan pula bakal menerima pelaksanaan projek garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark. Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, projek rinstis berkenaan akan dilaksanakan pada Jun ini. Ia melibatkan dua lokasi iaitu jalan lama Bukit Putus, Kuala Pilah dan jalan Bukit Miku, Rembau.

Pengarah JKR negeri, Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata, sejumlah RM500,000 disediakan bagi projek di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) itu yang disalurkan oleh kerajaan negeri, laporan Bernama.

“Panjang jalan adalah masing-masing lebih kurang dua km. Saya berpendapat dua jalan berkenaan memberikan nilai tambah kepada pengguna jalan raya kerana keadaan jalan di situ gelap,” katanya.

Projek garisan jalan ‘glow in the dark’ dilaksanakan di N.Sembilan Jun ini – Rembau, K.Pilah; kos RM500k

Tambah beliau, di peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR), penggunaan garisan itu masih dalam kajian dan pihak JKR negeri mengambil inisiatif untuk melakukan projek rintis bagi melihat impak dan kesesuaian untuk pengguna jalan raya.

Katanya, perbelanjaan penggunaan garisan glow in the dark agak tinggi dan setelah projek berkenaan siap dilakukan, pihaknya akan melihat dari segi kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung.

“Sebab itu kita membuat kajian rintis di dua jalan berkenaan, setelah itu baru kita tahu ketahanan penggunaan garisan terbabit serta kos-kos lain yang perlu diambil kira. Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan mengkaji penggunaan garisan itu secara menyeluruh,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Selangor, Kedah dan Johor telah mengumumkan pelaksanaan projek rintis garisan jalan glow in the dark di negeri masing-masing. Di mana pertama kalinya projek rintis ini dilaksanakan adalah Semenyih, Selangor pada November tahun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required