BMW Premium Selection Showcase 2024 berlangsung di Bukit Jalil 1-3 Mac ini – banyak pilihan BMW, MINI

BMW Premium Selection Showcase 2024 berlangsung di Bukit Jalil 1-3 Mac ini – banyak pilihan BMW, MINI

Bermula hari ini, 1 Mac 2024, hingga Ahad, 3 Mac 2024 berlangsung acara BMW Premium Selection Showcase di Kawasan Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil. Ia dikatakan sebagai siri paling besar pernah diadakan, dengan pilihan sehingga 500 kenderaan BMW dan MINI untuk dijual.

Acara ini turut melibatkan pengenalan model baru termasuk iX xDrive50 Sport, yang datang dengan kemampuan mengecas yang dipertingkat kepada 22 kW AC, dan juga motosikal R18 Roctane yang dikuasakan oleh enjin boxer 1,802 cc. SUV tersebut dijual pada harga RM465,800, manakala motosikal cruiser itu pula didedahkan dengan harga jangkaan sekitar RM160,000.

Untuk kereta terpakai, pilihan yang disediakan terdiri daripada 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 Series, serta pelbagai lagi SUV, motosikal BMW Motorrad serta MINI versi Hatch, Countryman dan Clubman. Anda juga disediakan dengan pilihan pelbagai kereta elektrik (EV) seperti iX, i4, iX1 dan juga i7. Kereta versi lebih sporty dan prestasi juga ada di sana, seperti Z4, M850i, M2, M3, M4 dan XM.

Paling susah didapati adalah i8 Protonic Frozen Black Edition 2018, yang mana merupakan sebuah kereta sports plug-in hybrid dengan pintu jenis buka ke atas dan datang dalam warna hitam matte. Semasa baru, kereta ini dijual pada harga RM1.2 juta, tetapi semasa acara ini, harganya cuma RM438,000.

BMW Premium Selection Showcase 2024 berlangsung di Bukit Jalil 1-3 Mac ini – banyak pilihan BMW, MINI

Pengunjung BMW Premium Selection Showcase juga dapat menikmati pelbagai tawaran istimewa sepanjang acara berlangsung, antaranya rebat RM5,000 dan cabutan bertuah untuk mereka yang menempah kenderaan. Kelulusan awal pembiayaan kenderaan juga boleh diuruskan semasa acara ini, melalui BMW Engage, iaitu satu cabang daripada BMW Group Financial Services Malaysia – anda juga akan menerima diskaun 10% serta kemas kini ConnectedDrive.

Semua kenderaan yang dijual semasa acara ini mendapat pemeriksaan teknikal 360 darjah oleh juruteknik bertauliah dan datang dengan sejarah servis serta pemeriksaan data kemalangan (sekiranya ada). Ia juga boleh dimiliki dengan tambahan jaminan sehingga tujuh tahun di bawah Allianz Malaysia. Anda juga boleh membuat urusan jual beli di sini. Acara dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required