BMW R18 Roctane dipertonton untuk pasaran Malaysia – penampilan lebih gelap, harga jangkaan RM160k

BMW R18 Roctane dipertonton untuk pasaran Malaysia – penampilan lebih gelap, harga jangkaan RM160k

BMW Motorrad Malaysia hari ini mengadakan pra tonton awal untuk varian kelima R18, iaitu R18 Roctane. Ia bakal tiba ke pasaran dalam pilihan dua warna, iaitu Mineral Grey Metallic dan Manhattan Metallic Matt, dan akan dijual pada harga sekitar RM160,000 tidak termasuk insurans.

Membezakan R18 Roctane dengan R18 yang lain adalah penggunaan pemegang yang lebih tinggi, bahagian enjin yang digelapkan serta ekzos di kiri dan kanan badan yang menggunakan kemasan krom gelap. Ia boleh dinaiki oleh dua orang dan menggunakan tempat duduk yang bertingkat.

Selain daripada itu, beg barangan tepi berkapasiti 27 liter setiap satu, yang datang secara standard dengan motosikal ini juga datang dengan warna sama seperti badan. Turut diperbaharui adalah pemijak kaki dan pedal penukar gear.

R18 Octane digerakkan oleh enjin boxer paling besar daripada pengeluar Jerman ini, iaitu unit 1,802 cc penyejukan udara, yang mampu menghasilkan kuasa 91 hp pada 4,750 rpm dan tork maksimum 150 Nm. Kuasa ini disampaikan kepada roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan dan sistem syaf terbuka.

Tiada teknologi moden pada suspensi R18 ini, dan ia disambungkan kepada rim 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang. Tugas penghentian dijalankan oleh tetapan cakera berkembar di hadapan dan cakera tunggal di belakang.

Ciri lain yang disediakan pada R18 Octane adalah seperti tiga mod tunggangan, Automatic Stability Control (ASC) dan sistem Keyless Ride. Aksesori lain dijual sebagai pilihan tambahan, seperti Hill Start Control, Headlight Pro, Reverse Gear Aid, Daytime Riding Light, Cruise Control dan lampu hadapan adaptif.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required