Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan bahawa beberapa jalan di sekitar Petaling Jaya akan ditutup pada Ahad ini, 26 Julai 2026. Ia adalah sempena dengan Larian Obor Sukma XXII dan Para Sukma Selangor 2026 yang akan berlangsung pada tarikh berkenaan.
Laluan yang terlibat ialah Jalan Yong Shook Lin, Jalan Selangor, Jalan Sultan, Jalan Barat dan Jalan Timur yang akan ditutup dari jam 12 tengahmalam sehingga 3 petang. Sila rujuk info grafik di atas untuk gambaran yang lebih jelas.
Justeru, penduduk di sekitar Petaling Jaya atau pun yang ingin ke bandar ini pada hujung minggu diharap merancang perjalanan anda sewajarnya atau menggunakan laluan alternatif. Sila patuhi arahan papan tanda dan para petugas untuk kelancaran perjalanan anda.
