Anda mahu memiliki kereta atau motosikal baharu dalam tempoh masa yang pantas? Kiranya macam konsep pilih kereta idaman, pandu uji, mohon pembiayaan kewangan dari bank yang mengambil bahagian dan sekiranya berkelayakan, maka anda dapat pandu pulang jentera idaman pada hari yang sama!
Jika mempunyai waktu terluang hujung minggu ini, jangan lupa berkunjung ke EON & Sahabat Autofest 2024 yang dianjurkan oleh EON Berhad (EON) anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad sempena menyambut Ulang Tahun ke-40 mereka. Bermula hari ini hingga Ahad (3 Mac 2024), EON & Sahabat Autofest 2024 diadakan di Ibu Pejabat EON Glenmarie, Shah Alam, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Acara ini menampilkan pelbagai pilihan kereta pelbagai jenama yang menakjubkan, serta motosikal dan perkhidmatan yang berkaitan kepada bakal pembeli di bawah satu bumbung. Jenama automotif yang berada di bawah payung besar DRB Hicom iaitu Proton, Honda, smart, Mitsubishi, Isuzu, Volkswagen, Audi, Daihatsu, Modenas, dan Kawasaki mempamerkan dan menjual barisan model kenderaan terbaharu mereka.
Pengerusi EON, Tan Sri Syed Faisal Albar, telah berbesar hati merasmikan acara tersebut dalam majlis yang dihadiri lebih daripada 150 pelanggan, rakan niaga dan tetamu lain pada pagi ini. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial serta pihak pengurusan EON dan DRB-HICOM Berhad.
Dalam ucapan perasmiannya, Akkbar berkata acara tahun ini adalah istimewa kerana ia meraikan 40 tahun EON sebagai penyedia kepada penyelesaian mobiliti masyarakat Malaysia.
“EON telah menjual kereta kepada rakyat Malaysia sejak empat dekad lalu. Selama bertahun-tahun, kami telah berkembang daripada menjadi pengedar eksklusif untuk PROTON kepada apa yang anda lihat pada hari ini – pengedar kereta pelbagai jenama terbesar di Malaysia, semuanya di bawah satu bumbung. EON & Sahabat Autofest 2024 menawarkan pelbagai pakej dan diskaun yang menarik, dan inilah cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong kami,” katanya yang menyasarkan tempahan sebanyak 500 unit kenderaan sepanjang tiga hari penganjuran acara ini.
Akkbar turut menekankan fokus EON pada inovasi digital, dengan memperkenalkan platform pembiayaan kereta digital bersepadu baharu pada acara ini. Diterajui oleh EON Capital Sdn. Bhd. yang merupakan cabang pembiayaan kereta syarikat tersebut, platform ini membolehkan proses kelulusan hampir serta-merta untuk permohonan pembiayaan dan pengeluaran dana melalui kerjasama dengan pihak bank dan pihak berkaitan yang lain.
“Membeli kereta tidak pernah semudah, secepat dan selamat daripada ini. Bermula di sini, pelanggan EON & Sahabat Autofest 2024 boleh memilih kereta yang mereka inginkan, memohon pembiayaan secara dalam talian, dan apabila semua keperluan dipenuhi, maka mereka berpotensi untuk memandu pulang kerata idaman pada hari yang sama,” tambahnya.
Menerusi acara ini, pelanggan yang membuat tempahan dan pemohonan pembiayaan kereta baharu melalui platform pembiayaan kereta digital baharu EON dalam tempoh tiga hari ini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM100,000 serta hadiah utama Proton S70 serba baharu.
Jenama-jenama lain termasuk AVIS Car Rental, PUSPAKOM, Pos Malaysia, dan Petromin Express, iaitu sebuah pusat servis kereta pantas, turut serta pada acara tersebut. Di samping itu, kakitangan DRB-HICOM Universiti turut bersama bagi membimbing bakal pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi berkaitan dengan industri automotif dan lain-lain.
Bazar Raya juga dianjurkan sebagai tarikan tambahan di EON & Sahabat Autofest 2024 bagi menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba. Pelbagai vendor berkaitan fesyen, hiasan, makanan dan lain-lain tawaran turut menanti para pelanggan bersama-sama pelbagai aktiviti seperti karnival yang menyeronokkan iaitu trak makanan, penampilan selebriti dan zon khas kanak-kanak.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.