EPMB tandatangani kontrak 10 tahun pasang kereta BAIC di Melaka – BJ40 Plus, X55II dilancar pada 2025

EPMB tandatangani kontrak 10 tahun pasang kereta BAIC di Melaka – BJ40 Plus, X55II dilancar pada 2025

BAIC X55II

EP Manufacturing (EPMB) telah mengumumkan pemeteraian satu lagi perjanjian pemasangan kenderaan dan kali ini adalah dengan BAIC International Development Co. Ltd (BAIC). Di bawah terma perjanjian itu, EPMB melalui anak syarikatnya, PEPS-JV Melaka (PJVM), akan memasang dan mengeluarkan (CKD) kenderaan BAIC di Malaysia.

Model awal yang dijadualkan untuk pengeluaran termasuk SUV BJ40 Plus dan X55II, yang kedua-duanya dirancang untuk diperkenalkan pada 2025 dan akan dikeluarkan di kilang automotif EPMB baharu di Melaka yang akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 30,000 unit setahun.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, EPMB berkata, pihaknya akan bertindak sebagai pemasang kenderaan, memastikan kenderaan BAIC dipasang dengan teliti untuk memenuhi standard kualiti dan prestasi tertinggi. Manakala BAIC pula akan bertanggungjawab ke atas penjualan dan pemasaran kenderaan untuk memaksimumkan penembusan pasaran dan pengenalan jenama di rantau Asean.

EPMB tandatangani kontrak 10 tahun pasang kereta BAIC di Melaka – BJ40 Plus, X55II dilancar pada 2025

BAIC BJ40 Plus

“Saya teruja melihat momentum positif yang diperoleh syarikat kami. EPMB sedang mengemudi agenda dengan arah yang baharu. Kerjasama strategik dengan OEM dari China ini menandakan komitmen kami untuk merangka hala tuju ke arah keuntungan yang lebih baik untuk pemegang kepentingan kami,” kata Hamidon Abdullah, Pengerusi Eksekutif EPMB.

Perjanjian EPMB yang ditandatangani untuk memasang kenderaan BAIC berlangsungh hanya beberapa bulan selepas ia menandatangani kontrak lapan tahun untuk memasang kenderaan Great Wall Motor (GWM) (pada mulanya Haval H6 dan Haval Jolion) di Malaysia. Kilang Melaka akan mengendalikan pengeluaran kedua-dua kenderaan BAIC dan GWM.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required