Bagi yang bakal menerima kenderaan baharu yang ditempah, bolehlah mencari siri nombor pendaftaran menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Ini ada lagi dua pilihan siri yang telah diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ia melibatkan penawaran siri baharu dari Sarawak iaitu QCS, yang membuka bidaannya sejak semalam, 21 April 2024. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 25 April ini. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 26 April 2024. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.
Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Johor pula, JXB, bidaannya bakal dibuka mulai 25 April dan akan berakhir jam 10 malam pada 29 April ini. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 30 April 2024.
Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor pendaftaran yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.