Bermula April lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan telah melaksanakan sistem bidaan atas talian untuk nombor pendaftaran kenderaan yang dipanggil sebagai JPJeBid. Ia boleh digunakan oleh mana-mana individu dan syarikat yang berdaftar di Malaysia, dengan tujuan memberikan platform yang lebih menyenangkan dan telus.
Satu demi satu siri pendaftaran nombor kenderaan mula menggunakan sistem ini, dan kami tertarik untuk mencubanya sendiri. Menerusi artikel ini, kami akan memberitahu pengalaman menggunakan sistem bidaan atas talian ini dari awal sehinggalah akhir.
Sebelum kita pergi terus kepada sistem bidaan atas talian ini, anda perlu tahu ia adalah satu aplikasi berlainan dan bukannya fungsi yang terletak di dalam laman web JPJ sendiri. Oleh itu, anda perlu memuat turun aplikasi ini terlebih dahulu untuk digunakan pada peranti elektronik.
Sebelum bidaan
Untuk menggunakan aplikasi JPJeBid ini terlebih dahulu anda perlu mempunyai akaun MySikap yang memberi akses kepada fungsi tambahan atas talian melalui laman web JPJ. Akaun ini boleh dibuat dengan mudah di pejabat cawangan JPJ melalui kaunter khas, dan pengalaman kami, ia mengambil masa tidak sampai lima minit pun.
Setelah pendaftaran akaun ini dibuat, anda boleh melayari laman web khas MySikap untuk melengkapkan akaun dan membuat pelarasan yang berkaitan. Arahan yang diberi cukup mudah untuk difahami dan di dalamnya anda boleh melakukan pelbagai urusan seperti permohonan tukar milik kenderaan, pembaharuan lesen kenderaan, pembayaran saman dan pelbagai lagi.
Memandangkan artikel ini akan memberi lebih tumpuan kepada aplikasi JPJeBid, kita tidak akan melihat lebih lanjut fungsi dalam web MySikap. Setelah anda mempunyai akses kepada laman MySikap, sekarang anda boleh memuat turun aplikasi JPJeBid, dan meneruskan pula pendaftaran akaun dalam aplikasi itu.
Semasa bidaan
Dalam aplikasi JPJeBid ini, jangan terperanjat sekiranya anda masuk dan tidak dapat melihat atau melakukan sebarang bidaan. Ini kerana fungsinya cuma akan muncul apabila bidaan untuk siri nombor pendaftaran itu dibuka dan jika tidak, paparan utamanya akan menjadi kosong.
Pada waktu kami mencuba aplikasi ini, siri yang dibuka untuk bidaan adalah untuk Pahang iaitu CEE dan Kelantan, iaitu DDP. Anda boleh klik pada siri yang dimahukan, dan mencari nombor yang diminati. Kami memilih CEE berserta nombor tiga angka (bukan berturut semua atau diapit).
Setelah memilih nombor pendaftaran yang dimahukan, anda boleh melihat berapakah harga minimum serta kenaikan yang perlu dipatuhi waktu bidaan. Ia bergantung kepada kategori nombor yang dipilih sama ada Utama (minimum RM20,000), Menarik (minimum RM3,000), Popular (minimum RM800) atau Biasa (minimum RM300). Nombor yang kami pilih berada dalam kategori Biasa.
Kami tahu bidaan boleh dilakukan dengan meletakkan RM300, tetapi kami telah memilih untuk meletakkan harga pertama pada RM320. Untuk memulakan bidaan pertama ini, dua bayaran perlu dibuat iaitu RM10 untuk caj perkhidmatan dan RM320 sebagai jumlah bidaan. Jadi, setakat ini RM340 sudah ditolak daripada kad kredit yang digunakan.
Setelah bayaran itu sudah jelas, anda akan dapat melihat kedudukan bidaan (kami terus mendapat tempat pertama), bidaan yang ditetapkan sendiri serta tarikh bidaan tamat. Setiap satu siri nombor pendaftaran akan dibuka selama lima hari dan bidaan yang telah dibuat tidak boleh ditarik balik.
Pada saat ini, kami sudah tertanya adakah aplikasi ini boleh dipercayai kerana selepas beberapa hari masih tiada aktiviti pada nombor yang kami bida sedangkan ia nampak menarik. Kemudian pada hari seterusnya, barulah keadaan menjadi sedikit menarik kerana seseorang telah menaikkan bidaan dan kedudukan kami berubah kepada tempat kedua.
Walaupun bidaan ini tidak mempunyai sebarang had, kami telah meletakkan had sendiri dan tidak akan pergi lebih dari RM400 untuk nombor yang dimahukan ini. Kami mahu menaikkan bidaan, tetapi tidak dapat melihat berapakah jumlah bidaan yang telah ditetapkan oleh orang yang mengatasi kami ini.
Jadi, kami telah membuat keputusan untuk meletakkan bidaan pada RM380, tetapi mahu menunggu hingga minit-minit akhir sebelum bidaan tamat. Kalau berjaya kami bersyukur, tapi kalau tidak pun, kami tidak kisah kerana bukanlah begitu mahukan nombor ini dan peluang lain masih ada.
Jadi, sebelum waktu bidaan berakhir kami telah menaikkan bidaan melalui kepada RM380. Syukur, kedudukan kami kembali di tempat pertama dan peluang untuk memenangi nombor ini semakin cerah. Untuk meningkatkan bidaan, sekali lagi bayaran perlu dilakukan terus, dan kami cuma perlu menambah RM60 lagi. Tiada caj perkhidmatan RM10 dikenakan pada waktu ini.
Selepas
Tiba jam 12 malam, iaitu waktu bidaan berakhir, kami tidak dapat tahu keputusan secara terus. Tiada apa yang boleh dibuat dalam aplikasi tersebut dan siri nombor pendaftaran CEE dan DDP terus hilang daripada pilihan. Apabila memeriksa status bidaan pula, ia menunjukkan “dalam proses bidaan”. Disebabkan kami sudah maklum keputusan hanya akan dikeluarkan dalam masa 24 jam, kami membuat keputusan untuk memeriksa kembali aplikasi ini pada waktu pagi.
Apabila memeriksa semula aplikasi ini selepas hampir 12 jam daripada waktu bidaan berakhir, kami akhirnya dapat melihat status bidaan kami berjaya. Kemudiannya dalam emel pula kami menerima surat keputusan bidaan serta resit rasmi untuk bayaran nombor pendaftaran tersebut.
Apa yang perlu dilakukan sekarang cuma membawa resit ini kepada JPJ untuk mendaftarkannya kepada kenderaan dalam tempoh 12 bulan daripada surat keputusan dikeluarkan. Sekiranya gagal, nombor tersebut akan ditarik balik dan bayaran yang telah dibuat akan menjadi hasil kerajaan. Jadi sekarang, terpaksalah kami mencari sebuah kenderaan baru untuk meletakkan nombor ini.
Pada pendapat kami, aplikasi bidaan ini akan menjadi lebih lengkap sekiranya kita boleh tahu berapakah jumlah bidaan yang telah diletakkan oleh peserta. Sebagai contoh dalam situasi kami, disebabkan tidak tahu berapakah jumlah yang telah mengatasi jumlah bidaan kami, kami sekadar menaikkan jumlah secara rambang. Bagi nombor yang menjadi pilihan ramai, anda mungkin perlu melakukan bidaan serta bayaran beberapa kali untuk memastikan kedudukan anda kembali ke tempat teratas.
Jadi, untuk mengatakan aplikasi ini telus, kami kurang bersetuju. Dari aspek untuk mengelakkan penggunaan ‘runner‘ mungkin ya, tapi antara peserta bidaan, ia masih kurang. Melalui aplikasi ini juga anda tidak akan berpeluang untuk memenangi nombor menarik pada harga yang murah kerana setiap satunya sudah diletakkan dalam kategori masing-masing bersama bidaan minimum.
Sebagai contoh, ada nombor popular seperti berkembar atau diapit boleh didapati dengan harga lebih rendah, sekiranya tidak banyak bidaan, sedangkan sekarang bidaan minimumnya sudah diletakkan pada RM800. Apapun, kami masih bersetuju dengan mengatakan aplikasi ini memberikan satu platform yang lebih lancar untuk sistem bidaan nombor pendaftaran. Dari satu tempat sahaja, anda boleh membida untuk mana-mana siri nombor pendaftaran, sedangkan sebelum ini, untuk menghantar surat bidaan, anda perlu mengikut cawangannya.
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
Minimum bidaan kan ada. Masukkan nilai minimum dan kalau lebih rendah naikkan la bidaan. Saya dah guna 2 kali dan saya amat senang dengan sistem ini dibandingkan dengan sistem lama.
Salam
Kalau untuk lawan bid tersebut.perlu buat bayaran tambahan bid atau tetapkan semula nilai bid.
Contoh:
Bid pertama rm300(kedudukan 1)
Kemudian jatuh ke ranking(kddkn 2)
So saya perlu buat bayaran bid ke 2 itu dengan nilai bidaan RM330 (dengan kenaikan rm15)
Atau
Tambah bayaran RM30 sahaja?
TQ
cuba naikkan bidaan rm15 sekali naik…kalau gagal bermaksud pembida no1 meletakkan bidaan lg tinggi dr jumlah bidaan anda…gandakan nilai rm15 tu sehingga keluar bahagian pembayaran…
Syg1224
Salam sejetera
Saya telah pun mendaftar rm10 14hb ogos 2020 (Juamaat) dan membuat bidaan rm840 tapi tiada rekod dalam sistem dan resit, Saya membuat bayaran dengan visa Bank Islam sya telah memhubongi pihak bank, pihak bank telah menyata bayaran telah dihantar kpd pihak tuan.
Sekian tk
Salam admin..kalau nombor yang telah tamat tempoh bidaan tetapi nombor tersebut tiada orang yg beli,,blh kah dibeli kemudian..
Sekarang tak perlu tunggu lagi running number habis. Menang bid, boleh terus register nombor yang kita menang. Yayyy!!!
Kenapa sbelum tamat waktu bidaan, sesi saya jadi tidak sah? Mohon penjelasan?
samee saye pun kene macam penipu jee , nak bid lagi tak boleh
sy ada pertanyaan…ada cara tak utk tukar nama pemenang bidaan kpd penama kenderaan y mahu didaftarkan…
Kalau kalah bid (tempat ke2 dan kebawah) jadi duit kita burn lah? kan ?
When keying bid and it says we are lower, do we key the next bid as as $800, $840, $880?
Will my bid be shown in the live bid?
Can i know i am ahead of the bid in the live bid?
Tks because this is the first time i am doing this jpjebid
1) Can i see my bids in the MY LIVE BID
2) Do I key in $840 for the next bid if he say my bid is lower than the system bid
Kenapa sesi tidak sah bila I cuba buat bid.
Aku bid 900 untuk cen7171
Then aku jatuh ranking kedua di saat akhir
Aku try naikkan bid 100 jdkan jumlah bid aku 1000 still xleh…app notify bid aku krg…tp lps abis bid org yg mnang ltk 980 je…xpaham la system ni…
kena standby byk duit dlm kad. contoh kalau bid 315, lepas tu ada org bid 345, korg kena tambah 375 (kalau kenaikan dia 30). so total jpj dh tolak dlm kad korang ialah 315 (1st bid) + 375 (2nd bid) = 690. tp dlm masa 14 hari jpj akan return balik 315 (1st bid) tu balik. tp 14 hari bai…
30 minit terakhir, waktu kritikal. Buat masa ini sistem enid ini masih belum boleh menampung jumlah pengebid.
Saya baru sahaja kalah FE kerana gagal masuk di 30 akhir.
Kecewa kalah tanpa boleh bertanding.
Dah 2022. Tapi system masih slow. Refresh sampai pengsan, in the last 30min bid session! Oh Malaysia tanah airku.
Mengarut betul lerr… dah 2 nombor bid, bila last 30 minit, sistem hang tak leh masuk utk counter offer. Collect revenue juta2, tapi sistem masih lagi zaman streamyx…. tolong ler upgrade wahai jabatan yg berkenaan.
Benda mmg ‘upgrade’, tp upgrade nya ke poket. Benda murah upgrade blh jd 10x ganda bila tender kerajaan.
Malaysia tanah tumpahnya korupsi.
Is it compulsory for the owner of the bidder to go to jpj for registration purpose or can just pass the succeed bid receipt to SA to handle the rest?
macam mana kalau yang kalah bidaan. berapa lama masa yang diambil untuk duit bidaan itu kembali kpd tuannya
Da pakai unifi kelajuan cahaya pun 15minit terakhir mcm rasa pakai dial-up connection je. Buat sistem mahal2, tapi hang, lembab mcm siput sedut.
haritu bid sekali gagal, pastu bid nombor lain plk, duit tolak tp bid still mcm tu. kata refund dedua dlm 14 hari, ni nak dekat sebulan dah. menyirap plk.
May i know can i bid few numbers at the same time, say 1234, 5678, 3399? If all win and i only want ONE number, will JPJ refund the other number ?
No, if you won all then it will be under your name. If you want to use only one, the other two need to find someone who want to buy and go to JPJ for exchange. But it will take a long process and complicated.