Chery Sales Indonesia (CSI) telah mengeluarkan notis panggilan semula terhadap 420 unit Omoda 5 yang telah terjual di pasaran tersebut berhubung isu berkaitan gandar belakang pada SUV tersebut.
Menurut CSI dalam kenyataan yang dikeluarkan, panggilan semula terhadap kesemua unit Omoda 5 yang terjejas tersebut dibuat selepas siasatan yang dijalankan oleh Chery International mendapati unit gandar belakang itu terjejas ketika proses naik taraf fasiliti pengeluaran komponen tersebut dibuat pada masa tertentu.
“Berdasarkan hasil penyiasatan, insiden ini adalah terpencil. Walau bagaimanapun, untuk keselamatan kami dapat mengenalpasti 420 unit Omoda 5 1.5T (varian Z dan RZ) yang mempunyai potensi untuk terjejas di Indonesia”, tulis kenyataan itu.
Bagi melengkapkan panggilan semula ini, CSI akan menghubungi semua pemilik 420 unit Omoda 5 berkenaan untuk membuat temu janji di pusat servis Chery bertauliah yang terdekat untuk diperiksa, dan komponen itu akan ditukar sekiranya perlu tanpa sebarang bayaran.
Isu gandar belakang Chery Omodo 5 ini bermula di Malaysia pada hujung bulan lalu, apabila gandar belakang sebuah Omoda 5 tertanggal ketika dipandu oleh pemiliknya di sini. Susulan itu, Chery Malaysia telah membuat panggilan semula terhadap 600 unit Omoda 5 yang dikhuatiri terjejas kerana masalah yang sama.
“Susulan daripada siasatan menyeluruh, vendor melaporkan bahawa masalah itu adalah disebabkan oleh naik taraf fasiliti ketika itu telah menyebabkan hujung mesin kimpalan automatik yang telah haus diganti dengan muncung baru. Penggantian tersebut telah mengakibatkan salah kalibrasi terhadap kelengkapan tersebut,” kata Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi memberitahu punca sebenar kerosakan komponen itu berlaku.
Seperti juga di Malaysia, Chery turut memproduksi Omoda 5 secara pemasangan tempatan (CKD) di Indonesia. Jadi dengan panggilan semula dibuat pada kedua-dua negara mengesahkan bahawa masalah ini adalah berpunca dari kilang vendor Chery di China, bukan fasiliti pemasangan di Malaysia atau Indonesia.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
kalau owner tak langgar something yg keras, besar atau lubang yg dalam, takkan boleh patah sampai macam ni kan? tapi kira ok lah dia panggil balik semua owner kereta model ni.
bagus lah dia panggil balik 420 kereta tu utk buat inspection. tapi mesti ada warranty kan?
kat Indonesia pun tarik balik jugak which is bagus lah harap nya ada peningkatan dan siasat betul2 macam mana boleh patah.
patah xkan patah mcm tu je? rasanya owner mesti ada langgar something ni. kdg xboleh percaya sebelah pihak je ke ade ape2 update yg ak terlepas? hihihi