EVx 2024: Terokai gaya dan prestasi BMW iX2 — jarak hingga 449 km, AWD dengan janaan 313 PS, 494 Nm

EVx 2024: Terokai gaya dan prestasi BMW iX2 — jarak hingga 449 km, AWD dengan janaan 313 PS, 494 Nm

Esok akan bermula Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org, dari 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

BMW antara jenama yang akan menyertai pameran ini, diwakili oleh Wheelcorp Premium, dengan satu daripada model yang akan dipamer ialah BMW iX2. Baru saja dilancarkan, iX2 ialah sebuah SUV bergaya dengan pacuan semua roda xDrive30 yang memberikan jarak 449 km mengikut kitaran WLTP.

Ia dilengkapi dengan bateri lithium-ion 66.5 kWh dengan kapasiti maksimum untuk pengecasan DC 130 kW dan hanya memerlukan 29 minit untuk mencapai dari 10%-80%. Dengan tetapan dua motor yang ada, SUV ini menjana 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 494 Nm dengan fungsi ‘temporary boost’ diaktifkan. Pecutan 0-100 km/j pula hanya memerlukan 5.6 saat dengan laju maksimum 180 km/j.

Prestasi ini juga dilengkapi dengan penampilan sporty dengan pakej M Sport yang datang standard. Ini melibatkan pakej Shadowline hitam berkilat, gril depan Iconic Glow serta rim 20-inci M jejari V Style 873 M Bicolour yang melengkapinya.

iX2 ini juga lengkap dengan suspensi adaptif M, lampu LED adaptif dan sistem bunyi Harman Kardon 12-pembesar suara. Di dalam tersedia sistem Live Cockpit Professional yang meliputi kluster instrumen digital 10.25-inci dan skrin sentuh 10.7-inci yang dikuasakan oleh BMW Operating System 9 yang menyediakan perkhidmatan ConnectedDrive serta sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

EVx 2024: Terokai gaya dan prestasi BMW iX2 — jarak hingga 449 km, AWD dengan janaan 313 PS, 494 Nm

Selain BMW, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, Hyundai, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required