QJMotor SRF15 tiba di pasaran Malaysia – RM8,888

QJMotor SRF15 tiba di pasaran Malaysia – RM8,888

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal QJMotor di Malaysia memperkenalkan sebuah model baru yang dipanggil sebagai SRF15. Ia ditawarkan dalam pilihan dua warna, pada harga RM8,888 tidak termasuk insurans, bersama jaminan dua tahun atau 20,000 km.

SRF15 mempunyai saiz kecil seperti Kawasaki KSR, Honda MSX125 dan Benelli TnT 135, dan dipacu oleh enjin satu silinder SOHC penyejukan udara 150 cc suntikan bahan api, dipadankan bersama transmisi lima kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 13 hp pada 9,000 rpm dan tork 12 Nm pada 7,000 rpm.

Rim 12 inci motosikal ini masing-masing dibalut oleh tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang, dan kemudian masing-masing dipegang oleh fork USD dan monoshock. Ia boleh dinaiki oleh dua orang, dengan tinggi tempat duduk 760 mm dan berat keseluruhan motosikal 124 kg.

Tugas membrek pada motosikal ini dijalankan oleh sistem cakera di hadapan dan belakang, tetapi tiada fungsi ABS. Di hadapan penunggang tersedia panel meter digital dengan pelbagai informasi, manakala tangki bahan api pula berkapasiti 7.2 liter.

Kelengkapan lain yang disediakan oleh SRF15 adalah seperti lampu hadapan LED, pengecas USB serta lampu amaran kecemasan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required