Zeekr 009 ditemui atas jalan di Malaysia – MPV EV premium dengan jarak gerak 582 km, lancar tahun ini

Zeekr 009 ditemui atas jalan di Malaysia – MPV EV premium dengan jarak gerak 582 km, lancar tahun ini

Selepas hampir dua bulan kita melihat Zeekr X atas jalan di Malaysia, sekarang ada pula yang menemui MPV Zeekr 009. Kedua-dua model ini diketahui akan dilancarkan di negara kita tahun ini.

Melihat kepada gambar yang dimuat naik oleh Yuri Iskandar di laman Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC), 009 ini tidak mempunyai sebarang pelekat samaran, menggunakan nombor plet perdagangan serta rim ‘Star’ yang ada ditawarkan dalam saiz 19 dan 20 inci.

Ketiadaan antena jenis shark fin di atas bumbung MPV ini memberi gambaran ia adalah versi terbaru yang ditunjukkan kali pertama di Hong Kong dan menggunakan pemanduan sebelah kanan. Di sana, 009 dijual pada harga bermula HKD755,000 (sekitar RM430k) dan ditawarkan dengan tetapan tempat duduk enam dan tujuh orang. Pasaran itu juga menerima versi dua motor elektrik dengan bateri 116 kWh dan jarak gerak 582 km.

Untuk pasaran negara asalnya, di China, 009 menggunakan binaan 800V dan ditawarkan dengan tetapan satu motor hadapan dan dua motor. Versi satu motor mampu menghasilkan 421 PS (416 hp atau 310 kW) dan tork 440 Nm, mampu melakukan pecutan 0-100 km/h dalam masa 6.9 saat dan laju maksimum 230 km/j.

Sementara itu, versi dua motor, pacuan semua roda mendapat peningkatan kuasa, menyamai 009 Grand yang dilancarkan awal tahun, dengan keseluruhannya mampu menghasilkan 789 PS (778 hp atau 580 kW) dan tork 810 Nm, melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan laju maksimum 230 km/j.

Kedua-dua penggerak FWD dan AWD datang standard dengan bateri nickel manganese cobalt (NMC) 108 kWh yang boleh menerima pengecas pantas DC dan menaikkan tahap bateri dari 10-80% dalam masa 11.5 minit. Varian FWD boleh memberikan jarak gerak sehingga 740 km, manakala AWD 702 km – mengikut standard CLTC.

Pembeli di sana juga diberi pilihan untuk menukar kepada bateri 140 kWh, bersama binaan 400V dan kuasa motor yang berkurangan, tetapi jarak geraknya bertambah menjadi 900 km untuk FWD dan 850 km untuk AWD. Semua versi 009 datang dengan suspensi udara dan harga di China bermula 439,000 yuan (sekitar RM272k).

Memandangkan Hong Kong adalah negara pertama yang mendapat 009 dalam versi pemanduan sebelah kanan, kita boleh menjangka spesifikasi sama tiba di Malaysia. MPV premium daripada Zeekr ini akan memberi saingan kepada Aplhard/Vellfire dan kelengkapannya juga boleh tahan mewah.

Antaranya termasuk panel instrumen digital 10.25 inci, skrin sesentuh OLED 15.05 inci, skrin OLED 17 inci untuk penumpang belakang, balutan kulit Nappa ‘Sofaro’, dua tempat duduk eksekutif di baris kedua, pintu gelungsur, sistem bunyi Yamaha 30 pembesar suara dan pakej ADAS lengkap.

GALERI: Zeekr 009 2024 pemanduan sebelah kanan

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required