KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Selepas lapan bulan pusingan pertamanya berlangsung di MAEPS Serdang, Kejohanan KBS Rally Sprint 2024 pusingan kedua dan juga penamat untuk musim ini akhirnya berjaya dilangsungkan pada hujung minggu lalu. Berbanding pusingan pertama yang berlangsung sepenuhnya di atas permukaan tar tempat parkir MAEPS, untuk pusingan kedua yang diadakan di bekas pangkalan udara TUDM Sungai Besi atau dikenali sebagai KL Base sekarang menyajikan cabaran yang lebih mengujakan.

Ini kerana SS pada Rally Sprint kali ini bukan hanya dibentuk di atas landasan kapal terbang lama, malah turut membabitkan laluan batu kerikil dan juga laluan ala-touge di atas jalan raya sebenar dengan permukaan beralun, berlumut dan perlu meredah takungan air yang besar!

Saingan untuk Leg 1 pada sebelah pagi menyaksikan pertarungan antara dua wira rali negara iaitu Saladin Mazlan dan Haji Sutan Mustaffa Salihin. Kedua-dua pelumba ini nampaknya menggunakan startegi berbeza di mana jentera prototaip Mini Deus 1.8 liter 4WD Turbo yang dipandu Saladin masih dilihat menggunakan tayar perlumbaan untuk permukaan tar, sementara Haji Sutan dengan Subaru Impreza WRX GDB nampak bersedia meredah apa juga bentuk permukaan jalan dengan set tayar Gravel.

Kedua-dua mereka saling pintas memintas untuk dalam enam SS pada sebelah pagi, namun akhirnya Haji Sutan berjaya memperolehi kelebihan 4 saat di hadapan Saladin selepas tamat Leg 1. Juara pusingan pertama, Mitch Chong yang memandu Proton Satria 1.8 pacuan roda hadapan nampaknya tidak berdaya untuk mengikut dua ‘rasaksa’ 4WD di hadapan yang nampaknya tidak mengalami sebarang masalah besar pada Rally Sprint kali ini.

Mitch dapat menamatkan Leg 1 pada kedudukan ketiga keseluruhan, tetapi disaingi rapat oleh pelumba simulator, Iqbal Suji yang beralih dari Proton Satria ke jentera baharu yang lebih menggerunkan iaitu Toyota MR-S. Seperti dijangka, SS KBS-XOne sejauh 2.21 km untuk SS2, SS4 dan SS6 yang dilangsungkan di atas jalan raya berliku dan dipenuhi belukar pada kiri dan kanan jalan bakal menyajikan pelbagai drama.

Zairi Zakaria yang mencatatkan masa terpantas dalam kelas P10 pada SS1 menjadi ‘mangsa’ pertama laluan ini apabila Proton Satria 1.6 yang dipandunya tidak dapat dihentikan selepas memecut dengan laju pada laluan tegak beralun, dan terus naik ke atas pembahagi jalan yang telah ditutup dengan semak-samun. Kemudian Roni Risman yang memandu Proton Satria Neo 1.6 liter juga terbabas dalam SS KBS-XOne pada SS6.

Leg 2 berlangsung pada sebelah petang bermula pada pukul 2 di mana kesemua SS yang dilalui pagi tadi diterbalikkan laluannya. Pertarungan antara Hj Sutan dan Saladin terus berlangsung sengit, namun untuk Iqbal Suji yang sedang cuba mengugat Mitch Chong, saingannya tamat pada SS8 selepas Toyota MR-S yang dipandu terbabas masuk ke dalam belukar juga pada SS KBS-XOne.

Bertambah malang, pelumba di belakang iaitu Amerul Arief Wahid melanggar sebagian belakang MR-S Iqbal, menyebabkan bahagian hadapan kiri Vios yang dipandunya remuk. Namum Amerul masih dapat meneruskan rali sehingga ke garis penamat.

Empat SS terakhir pada LEG 2 ini tamat sekitar pukul 4 petang, menyaksikan Saladin Mazlan berjaya memintas kedudukan Hj Sutan dengan kelebihan hanya 5 saat di hadapan. Mitch Chong terus berada di tempat ketiga, tetapi masih berjaya menjadi juara kategori P11, diekori satu lagi pesaing dalam kelas sama iaitu Shafiq Shamsudin yang memandu Suzuki Swift Sport yang ketinggalan 46 saat di belakang.

Tempat kelima keseluruhan pula adalah milik Faidzal Alang yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution, dan turut membolehkannya berada di tempat ketiga dalam kategori P12 di belakang Saladin dan Haji Sutan.

‘Rasaksa’ kei-Car MSF Superturismo, Daihatsu Mira L5 Kie Garage yang dipandu oleh Zahid Latif walaupun terpaksa tiga kali menukar drive shaft dan berada di tempat ke-11 secara keseluruhan, masih lagi berjaya menjadi juara untuk kategori P9.

Manakala YouTuber saluran Pitstop TV, Mohd Syu’aib Hassan yang memandu Proton Saga 1.5 dalam spesifikasi Saga Cup MSF pasukan Doris Racing sekali lagi berjaya bergelar juara untuk kategori Classic. Senarai pemenang setiap kategori adalah seperti di bawah:

Kategori Keseluruhan
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Saladin Mazlan & Arish Qutb – Mini Deus 1.8 4WD Saladin Rallying (27.35)
Kedua : Hj Sutan Mustaffa & Hj Kamarul – Subaru Impreza WRX GDB Magnax Racing (27.40)
Ketiga :Mitch Chong & Muhammad Fadzli – Proton Satria 1.8 Magnax Racing (29.01)
Keempat : Shafiq Samsudin & Shasha Shafie – Suzuki Swift Sport Race Rally KL (29.47)
Kelima : Faidzal Alang & Zamri Muhamat – Mitsubishi Lancer Evolution Darsa Lube Consortium Rally Team (30.21)

Kelas P12 – Lebih 2,000cc
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Saladin Mazlan & Arish Qutb (27.35)
Kedua: Hj Sutan & Hj Kamarul (27.40)
Ketiga: Faidzal Alang & Zamri Muhamat (30.21)

Kelas P11 – Lebih 1,601cc sehingga 2000cc
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara : Mitch Chong & Muhammad Fadzli (29.01)
Kedua : Shafiq Samsudin & Shasha Shafie (29.47)
Ketiga : Zaidan Zainuddin & Ahmad Hafiyuddin (31.41)

Kelas P10 – Lebih 1,401cc sehingga dan termasuk 1,600cc
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara : Kang Chin Wan & Brandon Choong (31.25)
Kedua: Syahmie Ruzainie & Dinie Nazmie (31.26)
Ketiga : Mohd Syu’aib & Mohammad Dzuan (31.44)

Kelas P9 – Sehingga dan termasuk 1,400cc
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Mohamed Zahid & Kamal Shukri (32.27)
Kedua: Lim Huei Hwang & Tan Yee Ling (32.35)
Ketiga: Tiew Ban Heng & Jameel As’san (33.40)

Kategori 4WD
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Saladin Mazlan & Arish Qutb (27.35)
Kedua: Hj Sutan & Hj Kamarul (27.40)
Ketiga: Faidzal Alang & Zamri Muhamat (30.21)

Kategori 2WD
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Mitch Chong & Muhammad Fadzli (29.01)
Kedua: Shafiq Samsudin & Shasha Shafie (29.47)
Ketiga: Kang Chin Wan & Brandon Choong (31.25)

Rookie Cup Classic
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara :Mohd Syu’aib & Mohammad Dzuan (31.44)
Kedua: Hasrin Tahir & Hafiz Azema (34.51)
Ketiga: Nik Ammar & Muhammad Aiman (36.18)

Junior (25 tahun dan ke bawah)
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Syahmie Ruzainie & Dinie Nazmie (31.26)
Kedua: Ryan Ahmad & Marcus Chan (37.21)
Ketiga: Saif Danial & Ahmad Fadzlan (39.17)

Ladies Cup
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Chan Sook Ping & Chan Jen Shyuan (35 mins)

Rookie Cup (Manual)
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara : Tiew Ban Heng & Jameel As’san (33.4)
Kedua : Nik Ammar Mohamed & Muhammad Aiman (36.18)
Ketiga : Ryan Ahmad & Marcus Chan (37.21)

Rookie Cup (Auto)
KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

Juara: Lim Huei Hwang & Tan Yee Ling (32.35)
Ketiga : Muhammad Farid & Mark Levon (33.58)

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required