Ketua pembangunan EV Honda akui agak sukar untuk hasilkan Type R EV yang benar-benar seronok dipandu

Ketua pembangunan EV Honda akui agak sukar untuk hasilkan Type R EV yang benar-benar seronok dipandu

Sebelum ini Honda sudah menyatakan bahawa Civic Type R FL5 sedia ada merupakan model terakhir Type R dengan enjin pembakaran dalaman – sekiranya ada lagi model Type R selepas ini, ia akan digerakkan dengan unit rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya.

Namun model sedemikian mungkin lambat lagi akan ditawarkan. Ini kerana menurut ketua pusat pembangunan kenderaan elektrik bateri (BEV) Honda, Toshihiro Akiwa menyatakan bahawa agak sukar untuk menghasilkan EV dengan karekter yang sesuai dilekatkan dengan lencana Type R.

“Bateri dan motor mempunyai karekter yang berbeza jadi kami tak boleh hasilkan sesuatu yang sama seperti sebelum ini,” katanya kepada AutoExpress.

“Sebagai sebuah EV, bagaimana kita boleh berikan keseronokan memandu? Sudah tentu kami belum putus asa, tetapi ia bukan hanya berkaitan dengan kuasa, ia berkaitan dengan bunyi, getaran, pecutan dan pengalaman manusia. Ini semua merupakan keseronokan memandu,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Honda kini dalam fasa pembangunan terakhir untuk model generasi baharu Prelude yang akan dilancarkan tahun ini. Sebelum ini coupe berkenaan telah disahkan akan menggunakan unit rangkaian kuasa hibrid e:HEV di mana enjin 2.0 liter NA yang dibekalkan dalam kebanyakkan masa hanya akan berfungsi untuk mengecas bateri, sementara tayar hadapan dipacu oleh motor elektrik, dan dalam masa tertentu seperti pada kelajuan tinggi motor dan enjin berfungsi bersama menerusi klac lock-up di dalam transmisi e-CVT.

Prelude bukanlah model yang akan dihasilkan dengan prestasi hardcore seperti Type R, namun ia masih dibina sebagai sebuah kereta yang diberikan unsur sporty dan seronok dipandu. Jadi selain dari suspensi hadapan dengan sistem topang dua paksi yang sama seperti Civic Type R diberikan, Prelude generasi baharu tersebut juga diberikan bunyi dan rasa tukaran gear walaupun ia bergerak dengan motor elektrik dan tanpa kotak gear. Mungkin unsur-unsur begini akan diberikan pada Type R EV kelak?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required