Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

Geely telah memasuki pasaran Indonesia dengan pengenalan model EX5 (Proton eMas 7), yang akan dipasang secara CKD di sana, di Bekasi pada suku kedua tahun ini. Turut dirancang adalah 100 cawangan jualan dan servis dalam tempoh tiga tahun.

Syarikat China itu juga ada perancangan untuk memperkenalkan barisan penuh kenderaan ICE dan EV keluarannya di republik itu. Imej yang disamarkan di atas adalah seperti berikut (dari kiri): Coolray (X50 facelift), EX5 (eMas 7), Monjaro, Okavango (X90 facelift), Xingyuan (eMas 5), Galaxy Starship 7 (eMas 7 PHEV) dan satu lagi Coolray (edisi khas?).

Namun, ketika Proton dan Geely bergabung pada 2017, antara janji yang dinyatakan adalah untuk menggunakan jenama Proton bagi pasaran pemanduan sebelah kanan dan ASEAN, dengan menjadikan Malaysia sebagai hab RHD untuk Geely. Pada 2020, Geely meminta Proton untuk memperluaskan capaiannya dalam pasaran ASEAN, terutama Thailand dan Indonesia.

Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

Kemudian, pada 2021, Proton mengesahkan syarikat itu akan kembali ke kedua-dua pasaran tersebut — yang menjadi satu-satunya cara untuk mencapai matlamat sebagai industri automotif ketiga terbesar di ASEAN.

Namun, empat tahun kemudian dan selepas lapan tahun Proton dan Geely bergabung — Geely kini berada di Thailand, Australia/New Zealand dan dengan berita terbaru ini, Indonesia secara bersendirian dan bukannya melalui Proton. Semua ini merupakan pasaran pemanduan sebelah kanan yang utama. Ada juga ura-ura yang Geely akan masuk ke pasaran Afrika Selatan dengan EX5.

Baru bulan lalu pengeluar China itu menegaskan komitmennya terhadap Malaysia sebagai hab R&D dan pengeluaran serantau, terutamanya melalui Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Geely akan perkenal barisan model ICE dan EV di Indonesia, CKD Q2 2025 — rancangan Proton tak jadi?

Dinyatakan sebelum ini bahawa Geely akan mewujudkan rangkaian pengedar di pasaran di mana Proton belum bertapak, sebaliknya syarikat itu telah membuka kilang di Mesir minggu lalu untuk mengeluarkan kereta dengan lencana Geely, bermula dengan Emgrand dan Coolray.

Sekali pandang, kini nampaknya Proton seperti hanya akan digunakan untuk menjual kereta bajet, seperi Saga dan mana-mana produk dengan platform AMA selepas ini, ke pasaran luar dengan kemungkinan pegecualian untuk Afrika Selatan, di mana model Proton dari asas kenderaan Geely seperti X50, X70 dan X90 menggunakan lencana Proton; begitu juga dengan Maurituis dengan Proton X90; dan Pakistan di mana Proton X70 ada dijual.

Proton juga hadir dalam pasaran pemanduan sebelah kanan lain seperti Bangladesh, Kenya dan Brunei, namun semua itu bukanlah pasaran yang besar untuk Proton. Menarik dan penting untuk dilihat nanti sama ada lencana Proton akan digunakan untuk memasarkan model EV di pasaran selain yang telah dimasuki Proton ketika ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required