Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan siri plat nombor pendaftaran khas, ANSARA. Pelancaran siri khas ini telah dilancarkan pada 2 Februari lalu oleh Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, yang juga merupakan alumni ANSARA.
Menurut laman Facebook rasmi ANSARA, bidaan siri khas ini telah mula dibuka bidaannya menerusi platform dalam talian JPJ eBid sejak semalam (3 Februari) dan akan berlangsung sehingga jam 10 malam pada 7 Februari 2025. Keputusan bidaan akan diumumkan pada 8 Februari 2025. Seperti siri-siri lain yang dibida menerusi JPJ eBid, keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.
Bagi nombor utama, bidaannya adalah bermula RM20,000, diikuti dengan minimum RM5,000 bagi nombor premium. Manakala jika yang berminat membida nombor menarik, bidaannya bermula RM2,500, RM500 bagi nombor popular dan RM300 untuk nombor biasa.
Jika anda alumni ANSARA atau berminat untuk mendapatkan siri khas ini, anda boleh melakukan sendiri bidaan menerusi JPJ eBid (kami kongsikan panduannya di sini) tanpa memerlukan bantuan pihak ketiga termasuk runner.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.