20 model terlaris Feb 2025 – Perodua Bezza teratas, Proton X50 di belakang Honda HR-V, Civic pintas S70!

20 model terlaris Feb 2025 – Perodua Bezza teratas, Proton X50 di belakang Honda HR-V, Civic pintas S70!

Senarai bagi 20 model kenderaan yang paling laris untuk bulan Februari 2025 pun pun dikeluarkan, hasil data pendaftaran dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kini boleh diperoleh menerusi dalam talian. Mengejutkan apabila Perodua Bezza kini kembali menduduki tangga teratas dengan jualan cecah 9,712 unit, selepas berada di belakang Axia pada Januari lalu.

Manakala Axia (7,096) jatuh dari tangga pertama ke ketiga, kini terpaksa akur di belakang Myvi (7,126). Manakala Proton Saga (5,012) pula berada di kedudukan ke-empat dengan angka jualan yang sedikit jauh ditinggalkan dek ketiga-tiga model Perodua itu.

20 model terlaris Feb 2025 – Perodua Bezza teratas, Proton X50 di belakang Honda HR-V, Civic pintas S70!

Honda pula tidak ketinggalan mencipta ledakan adrenalin, dengan model City (sedan dan hatchback), HR-V dan Civic yang menggandakan angka jualan masing-masing. City (2,767) kini berada di atas Toyota Vios (2,064), sementara HR-V (1,839) pula mengatasi Proton X50 (1,814) dan Civic (1,248) berjaya memintas S70 (1,172). Walau bagaimana pun, nasib kurang menyebelahi CR-V (788) yang tercicir di belakang Jaecoo J7 (873), yang merupakan satu-satunya model jenama China yang berada di dalam senarai ini.

Manakala Toyota Alphard yang merupakan satu-satunya ‘model kayangan’ di dalam senarai, hanya berjaya mencatatkan pendaftaran sebanyak 742 unit (termasuk unit grey import). Manakala Hilux (1,677) masih kukuh sebagai satu-satunya trak pikap dan kenderaan berkuasa diesel berada dalam senarai.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required