Enjin Skyactiv-Z Mazda akan jimatkan pelaburan untuk EV, bakal muncul di CX-5 generasi baru pada 2027

Enjin Skyactiv-Z Mazda akan jimatkan pelaburan untuk EV, bakal muncul di CX-5 generasi baru pada 2027

Mazda adalah antara sekutu Toyota dalam pembinaan enjin pembakaran dalaman generasi baharu, bagi memberikan alternatif kepada pengguna untuk tidak bergantung kepada kenderaan elektrik (EV) semata-mata pada masa akan datang. Pada November tahun jenama automotif Jepun berkenaan sudahpun mengumumkan enjin lebih mesra alam baharunya akan dikenali sebagai enjin SkyActiv-Z, dan menerusi pengumuman terbaharu, enjin berkenaan disahkan akan membuat kemunculan sulungnya menerusi SUV Mazda CX-5 generasi selepas ini yang bakal diperkenal pada penghujung 2027.

Tidak banyak perincian tentang bagaimana enjin berkenaan berfungsi. Namun apa yang disahkan oleh Mazda bahawa enjin ini akan beroperasi dengan kaedah pembakaran ‘lambda one’, iaitu ia akan mencapai pembakaran lengkap dengan 14.7 bahagian udara dan 1 bahagian bahan api (14.7:1 atau dikenali dengan 1 lambda) pada setiap tahap rpm enjin.

Mazda turut mengesahkan enjin tersebut akan memenuhi peraturan emisi Euro 7 di Eropah dan juga LEV 4/Tier 4 di Amerika Syarikat. Dengan terhasilnya enjin yang boleh dijual tanpa masalah dalam era pelepasan karbon yang semakin ketat ini, Mazda mendakwa bahawa ia dapat menjimatkan banyak kos kerana enjin tersebut boleh beroperasi dengan unit kawalan elektronik dan juga komponen-komponen elektrikal yang jauh lebih sedikit berbanding model-model yang dibantu sistem elektrifikasi bagi kekal relevan dengan undang-undang berkenaan.

Oleh itu Mazda mendakwa bahawa ia akan dapat mengurangkan pelaburan dalam elektrifikasi dari dua trillion yen (RM59.2 bilion) kepada sekitar 1.5 trilion yen (RM44.4 bilion) menerusi optimisasi pelaburan, seperti untuk bateri. Jadi pelaburan bagi perolehan bateri Mazda dijangka akan berkurang separuh dari jumlah asal 750 bilion yen (RM22.2 bilion).

Manakala untuk kenderaan elektrik bateri (BEV), Mazda jangka akan kurang pelaburannya untuk pembangunan kenderaan sedemikian sehingga 40%, dan pembangunan masa tenaga kerja sehingga 50% “berbanding pembangunan konvensional menerusi kolobrasi dan perkongsian,” kata Mazda.

Mazda dilihat bekerjasama dengan pengeluar lain dalam menghasilkan model-model EV seperti Mazda EZ-6 yang dibina bersama Changan. Model berkenaan bukan hanya dijual di pasaran domestik China, malah Mazda telah mengesahkan bahawa sedan EV tersebut turut akan dilancarkan di Eropah dan juga di Thailand dengan nama Mazda 6e. Mazda turut akan membangunkan EV rekaan sendirinya di Jepun, dan ia turut akan dibawa ke pasaran global yang lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required