Papan pemuka Toyota RAV4 2026 tersingkap sebelum didedah pada 21 Mei – nampak futuristik dan lasak

Papan pemuka Toyota RAV4 2026 tersingkap sebelum didedah pada 21 Mei – nampak futuristik dan lasak

Toyota bakal mendedahkan sepenunuhnya sebuah SUV baharu pada 21 Mei ini, dan sebelum itu gergasi automotif Jepun itu telahpun menyiarkan sedikit rupa bahagian papan pemuka model berkenaan. Perincian berkenaan SUV tersebut masih belum disebut, namun khabar bertiup ia adalah Toyota RAV4 generasi ke-enam yang bakal menggantikan model generasi XA50 sedia ada yang kini sudahpun berada tujuh tahun dalam pasaran.

Nampaknya papan pemuka tersebut tidak lagi dan nampak ketinggalan berbanding model-model dari China yang kini sedang meningkat naik, kerana Toyota memberikan rekaan yang diinspirasikan dari rekaan papan pemuka Land Cruiser Prado yang berkotak, futuristik dan nampak lasak pada RAV4 2026 ini.

Ia juga menerima paparan ‘skrin sebenar’ untuk instrumen digital berbentuk segi-empat tanpa perumah, dan juga skrin infotainmen yang diletakkan secara berdiri sendiri di tengah. Roda stereng juga direka selari dengan papan pemuka dengan rekaan susunan suis serta perumah beg udara berbentuk petak.

Turut didedahkan adalah bahagian konsol tengah SUV ini yang menampilkan tombol gear bersaiz kecik diletakkan berhampiran dengan pemegang cawan.

Rupa luaran RAV4 2026 ini didakwa telah terdedah di persidangan pengedar di China berkenaan produk GAC Toyota (syarikat kerjasama yang kini masih mengeluarkan RAV4 generasi kelima di Guangzhou dengan nama Wildlander) yang mendedahkan model Wildlander generasi seterusnya.

RAV4/Wilander generasi baharu berkenaan nampaknya menerima muka signatur ‘jerung Hammerhead’ terkini Toyota yang menampilkan lampu utama berbentuk-C. Bampar hadapan pula diberikan rekaan seakan dari Corolla Cross facelift dengan diberikan elemen gril sarang lebah. Seperti model sedia ada, RAV4 generasi baharu ini turut menerima ruang roda yang direka bersegi.

Papan pemuka Toyota RAV4 2026 tersingkap sebelum didedah pada 21 Mei – nampak futuristik dan lasak

Seperti model-model sebelumnya di mana RAV4 secara lazim menggunakan asas yang sama seperti sedan Camry, model generasi baharu ini turut dijangka menggunakan asas yang sama iaitu platform Toyota New Global Architecture dalam varian K (TNGA-K).

Oleh itu pilihan unit rangkaian kuasa juga sama dengan Camry generasi terkini termasuk varian hibrid 2.5 liter berkuasa 230 PS dan juga enjin petrol penuh 2.5 liter Dynamic Force berkuasa 204 PS. Ada juga khabar angin menyatakan bahawa RAV4 2026 ini turut akan ditawarkan dalam pilihan plug-in hybrid (PHEV) dan juga EV penuh.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required