310 unit bas diesel terakhir diserahkan untuk Prasarana, bas EV diperkenalkan tahun depan

310 unit bas diesel terakhir diserahkan untuk Prasarana, bas EV diperkenalkan tahun depan

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan penerimaan kumpulan akhir bas diesel di bawah program penggantian bas. Sebanyak 310 unit bas diesel baharu itu akan akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk menaik taraf dan memperkasa sistem pengangkutan awam negara, program ini bertujuan menggantikan bas-bas lama yang telah beroperasi sejak sekian lama, dan akan memulakan operasi secara berperingkat mulai penghujung Julai 2025 hingga suku pertama tahun 2026.

Amir Hamdan selaku Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana berkata, “Penerimaan bas kumpulan akhir ini adalah sebahagian daripada pelan peralihan strategik kami untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dan selamat. Walaupun kami sedang merancang peralihan ke bas elektrik pada masa hadapan, bas diesel ini amat diperlukan untuk menampung keperluan operasi yang sedia ada.

“Inisiatif ini juga bertujuan menggantikan bas-bas lama yang tidak lagi dapat memenuhi pelan operasi semasa, sekaligus meningkatkan pengalaman pengguna. Pada masa yang sama, kami terus komited dalam usaha kami untuk mencapai kelestarian jangka panjang melalui pengenalan bas elektrik yang dijadualkan pada 2026.”

Bas baharu berukuran 12 meter ini dapat memuatkan 60 penumpang, memenuhi keperluan semasa dan meningkatkan kesalinghubungan perkhidmatan awam di Lembah Klang dan Pulau Pinang, di mana permintaan penumpang semakin meningkat. Selain itu, pada suku ketiga 2025, Rapid Bus akan memperkenalkan bas berukuran 8.9 meter untuk memperluas capaian pengangkutan awam ke kawasan padat dan kawasan kediaman yang sukar diakses oleh bas besar.

310 unit bas diesel terakhir diserahkan untuk Prasarana, bas EV diperkenalkan tahun depan

Kesemua bas baharu ini juga dilengkapi dengan piawaian pelepasan Euro 5, yang merupakan piawaian antarabangsa terkini dalam kawalan pencemaran. Dengan teknologi ini, Rapid Bus dapat mengurangkan pelepasan karbon dan gas nitrogen oksida (NOx) yang merosakkan kualiti udara, sekali gus menyumbang kepada persekitaran bandar yang lebih bersih.

Dalam masa yang sama, Rapid Bus juga kini dalam dalam fasa terakhir untuk pelan jangka panjang yang merangkumi pengenalan bas elektrik, yang dijangka bermula pada tahun 2026. Inisiatif ini turut disokong dengan pembinaan fasiliti pengecasan, serta latihan teknikal dan penyelenggaraan yang sedang giat dilaksanakan.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, urusan berkaitan tender sudah ditutup dengan penganugerahan kepada syarikat akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kita akan membuat lantikan, antara syarat utama Prasarana untuk penawaran tender ialah bas elektrik ini mestilah dipasang dalam negara. Walaupun dari segi teknologi dibawa adalah dari negara lain, tetapi bas mesti dipasang dalam negara ini,” katanya.

Tambahnya, syarat itu ditetap supaya pemindahan teknologi membawa manfaat kepada syarikat-syarikat tempatan, dengan rakan perniagaan tempatan diwajibkan dalam syarikat yang bakal dilantik. Inisiatif ini turut disokong dengan pembinaan fasiliti pengecasan, serta latihan teknikal dan penyelenggaraan yang sedang giat dilaksanakan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required