GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

Sebelum dilancarkan secara rasmi pada pasaran tempatan, GAC Malaysia hari ini mempamerkan SUV segmen-C GAC Emkoo kepada orang awam ketika berlangsungnya acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025, yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula 19 hingga 20 Julai.

Emkoo merupakan model kedua GAC yang dipasang secara tempatan selepas SUV segmen-B GS3 Emzoom yang telah dilancarkan pada pasaran tempatan tahun lalu. Sebagai ‘ayam tambatan’ GAC dalam kelas SUV segmen-C, Emkoo akan berhadapan terus dengan model-model seperti Proton X70, Chery Tiggo 7 dan lain-lain dalam pasaran Malaysia.

Dari segi saiz, Emkoo menampilkan dimensi panjang 4,680 mm, lebar 1,901 mm dan jarak roda 2,750 mm. Jadi berbanding Proton X70, GAC Emkoo ini sebenarnya adalah 154 mm lebih panjang, 70 mm lebih lebar serta jarak roda 80 mm lebih jauh.

GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

GAC Emkoo ini juga merupakan salah satu model yang diasaskan dari Global Platform Modular Architecture (GPMA) binaan GAC sendiri, dan ia turut dikongsi bersama oleh Emzoom. Pada pasaran lain ia ditawarkan dalam tiga jenis unit rangkaian kuasa iaitu enjin 1.5 liter turbo, 2.0 liter turbo, dan juga 2.0 liter hibrid.

Manakala model yang dipamerkan hari ini merupakan varian yang digerakkan oleh enjin 1.5 liter Turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (TGDI) berkuasa 177 PS dan tork maksima 270 Nm, digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Menurut pengedali GAC Malaysia iaitu WTC Automotif (WTCA), gandingan ini memberikan penggunaan bahan api hanya 6.6 liter untuk setiap 100 km.

Antara perincian yang dapat dilihat dilengkapkan pada SUV ini termasuk skrin berkembar ‘dual-screen cockpit’ terdiri dari paparan instrumen digital dengan skrin 10.25-inci dan skrin infotainmen 10.1-inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) tahap 2.

GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

Ia juga dibekalkan dengan sistem parkir sendiri digelar sebagai fungsi Full Automatic Parking Assist (FAPA), di mana anda boleh uji sendiri sistem ini di PACE dalam sesi pandu uji yang disediakan.

SUV segmen-C di Malaysia sememangnya antara kelas yang paling kompetitf di Malaysia, lebih-lebih lagi bagi model yang dijual pada harga di bawah RM150k. GAC Emkoo yang dipasang di kilang milik Tan Chong di Segambut akan ditawarkan dalam dua varian di Malaysia, bermula dengan varian asas Premium dijangka akan dijual pada harga RM120,000, dan juga varian Premium Pro dengan harga jangkaan RM130,000.

Selain dari Emkoo, WTCA turut mempamerkan sekali MPV mewah GAC M8 pada acara PACE 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required