PACE 2025: Audi Q8 e-tron, Q7 CKD, Volkswagen Toureg CKD dipamer di SCCC hujung minggu ini

PACE 2025: Audi Q8 e-tron, Q7 CKD, Volkswagen Toureg CKD dipamer di SCCC hujung minggu ini

Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) kembali lagi tahun ini, dan masih diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula hari ini hingga esok, dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 petang. Antara pengeluar yang menyertai acara ini adalah dua jenama Jerman iaitu Audi dan Volkswagen, mempamerkan beberapa model terbaharunya untuk anda lihat, rasa dan kalau berminat, urusan jual beli juga boleh dibuat sekaligus.

Antara model-model yang dipamerkan oleh Audi adalah Q7 yang dijual pada harga RM459,990. SUV dengan tiga baris tempat duduk ini digerakkan oleh enjin 3.0 liter V6 turbo menghasilkan kuasa 340 PS dan tork maksima 500 Nm, digandingkan bersama sistem hibrid ringkas 48-volt dengan unit starter generator yang digerakkan oleh tali-sawat.

Ini membolehkan Audi Q7 tersebut ‘berlayar’ tanpa enjin petrol dihidupkan selama 40 saat bermula 55 km/j hingga 160 km/j. Kuasa dari enjin disalur kepada kotak gear automatik lapan-kelajuan, dan kemudian dialirkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD Audi Quattro.

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 250 km/j. SUV ini juga dilengkapi dengan sistem stereng gandar belakang yang memberikan kelincahan ketika meredah selekoh dan juga kestabilan kelajuan tinggi.

Malaysia menerima Audi Q7 dalam varian S line, yang menampilkan kelengkapan seperti lampu hadapan Matrix LWS dengan lampu laser Audi, lampu belakang OLED, pakej Black Styling Plus dengan kemasan S line, Audi Sport Seats Plus, sistem bunyi Bang & Olufsen 3D Premium, rim aloi Audi Sport 22-inci, tempat duduk baris ketiga kawalan elektrik dan pelbagai lagi.

Audi turut memperagakan model EV Q8 e-tron di PACE 2025, yang dijual pada harga bermula RM299,990. Pembeli ditawarkan dalam dua pilihan bentuk badan dengan dua unit rangkaian kuasa berbeza merangkumi model Q8 e-tron 50 advance, Q8 Sportback e-tron 50 advance, Q8 e-tron 55 S line dan Q8 Sportback e-tron 55 S line.

Q8 e-tron 50 advance dan the Q8 Sportback e-tron 50 advance digerakkan oleh sepasang motor elektrik menghasilkan kuasa keseluruhan 340 PS dan 664 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 200 km/j. Manakala Q8 e-tron 55 S line dan Q8 Sportback e-tron 55 S line pula turut menerima sepasang motor elektrik, namun ia lebih berkuasa menghasilkan 408 PS.

Selain dari SUV, Audi turut membawakn model A5 Sportback 2.0 TFSI quattro dalam pakej kemasan S line. Model ini menerima enjin 2.0 liter turbo TFSI empat-silinder yang menghasilkan kuasa 249 PS dan tork 370 Nm.

PACE 2025: Audi Q8 e-tron, Q7 CKD, Volkswagen Toureg CKD dipamer di SCCC hujung minggu ini

Bagi Volkswagen pula, ia membawakan SUV Touareg yang dijual pada harga bermula RM399,990. Sama seperti kembarnya Audi Q7, Touareg juga kini dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia. Model ini menerima unit rangkaian kuasa yang terdiri dari enjin petrol turbo 3.0 liter V8 TSI yang menghasilkan 340 PS dan tork 340 PS seras 450 Nm, kotak gear automatik lapan-kelajuan dan juga sistem pacuan semua roda Volkswagen 4Motion.

Touareg pasaran Malaysia ini menerima perincian seperti Advanced Night Vision (model VW pertama di Malaysia yang menerima ciri ini) cruise control adaptif, sistem pendingin hawa empat-zone ‘Air Care Climatronic’, sistem bunyi Dynaudio Consequence 730 watt, sistem infotainmen dan navigasi Discover Pro Max dengan skrin sesentuh 15-inci, lampu hadapan matriks IQ.LIGHT HD dan sistem perlindungan penumpang proaktif.

Seperti jenama lain di PACE 2025, mereka yang menjadi antara 200 pelanggan terawal membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja acara termasuk Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Setiap tempahan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah menarik termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa percutian dua orang bernilai RM25,000.

Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman automotif terbaik di PACE 2025 — hanya berlangsung hujung minggu ini di Setia City Convention Centre, di buka bermula 9 pagi hingga 7 petang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required