PACE 2025: GAC Emkoo dipertonton, pandu uji MPV M8 PHEV, tawaran istimewa GS3 Emzoom, Aion Y Plus

PACE 2025: GAC Emkoo dipertonton, pandu uji MPV M8 PHEV, tawaran istimewa GS3 Emzoom, Aion Y Plus

Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) kembali lagi tahun ini, dan masih diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula hari ini hingga esok, dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 petang. Antara pengeluar yang menyertai acara ini adalah GAC yang diwakili oleh WTC Automotif (WTCA).

‘Bintang’ untuk GAC pada PACE kali ini adalah SUV segmen-C GAC Emkoo yang dipertontonkan untuk orang awam sebelum ia dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi. Emkoo merupakan model kedua GAC yang dipasang secara tempatan selepas SUV segmen-B GS3 Emzoom yang telah dilancarkan pada pasaran tempatan tahun lalu. Sebagai ‘ayam tambatan’ GAC dalam kelas SUV segmen-C, Emkoo akan berhadapan terus dengan model-model seperti Proton X70, Chery Tiggo 7 dan lain-lain dalam pasaran Malaysia.

Model ini dijana oleh enjin 1.5 liter Turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (TGDI) berkuasa 177 PS dan tork maksima 270 Nm, digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Dua varian bakal ditawarkan di Malaysia dengan varian asas Premium dijangka akan dijual pada harga RM120,000, dan juga varian Premium Pro dengan harga jangkaan RM130,000.

PACE 2025: GAC Emkoo dipertonton, pandu uji MPV M8 PHEV, tawaran istimewa GS3 Emzoom, Aion Y Plus

Selain itu GAC turut membawa SUV segmen-B GS3 Emzoom ke PACE 2025, yang ditawarkan dengan bayaran bulanan bermula RM990, waranti selama lima-tahun atau 150,000 km serta waranti unit rangkaian kuasa selama tujuh-tahun atau 180,000 km.

GAC Malaysia turut menawarkan model-model EV menerusi jenama Aion yang turut dibawa ke PACE 2025. Antaranya adalah Aion Y Plus dijual pada harga bermula RM95,800, termasuk pengecas mudah alih. Aion Y Plus ini turut dilindungi waranti kenderaan selama lapan-tahun atau 160,000 km, dan juga waranti bateri, motor elektrik dan elektronik selama lapan tahun atau 200,000 km.

Anda juga boleh memandu uji MPV mewah GAC M8 plug-in hybrid di PACE 2025, yang menampilkan tempat duduk kapten dengan fungsi spa yang dioperasikan menerusi satu sentuhan suis, sistem keterhubungan pelbagai fungsi dengan sistem bunyi premium Yamaha, teknologi beg udara 360 darjah sekeliling penuh yang dipatenkan oleh GAC termasuk beg udara cermin belakang pertama dalam dunia, dan juga sistem PHEV gandingan enjin petrol dan motor elektrik berkuasa 373 PS/630 Nm yang boleh bergerak sejauh 1,038 km dengan hanya satu tangki petrol.

Seperti jenama lain di PACE 2025, mereka yang menjadi antara 200 pelanggan terawal membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja acara termasuk Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Setiap tempahan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah menarik termasuk 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa percutian dua orang bernilai RM25,000.

Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri pengalaman automotif terbaik di PACE 2025 — hanya berlangsung hujung minggu ini di Setia City Convention Centre, di buka bermula 9 pagi hingga 7 petang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required