PACE 2025: Rebat tunai sehingga RM25k untuk BYD Seal, RM10k untuk Sealion 7, diskaun kit badan Atto 3

PACE 2025: Rebat tunai sehingga RM25k untuk BYD Seal, RM10k untuk Sealion 7, diskaun kit badan Atto 3

Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 kini sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), dengan sokongan bersama dari Carro dan RHB Bank. Sepanjang hujung minggu ini, 19 dan 20 Julai, dari jam 9 pagi hingga 7 malam, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif dari jenama automotif premium termasuk daripada BYD, yang tampil dengan pelbagai promosi menarik.

Di ruang pameran BYD, tawaran bermula dengan diskaun tunai sehingga RM10,000 untuk model SUV elektrik baru mereka, BYD Sealion 7. Tawaran ini diadakan sempena kejayaan BYD mencapai angka jualan 20,000 unit di Malaysia. Namun, ia hanya terhad kepada 200 unit sahaja dan mereka yang berminat perlu bertindak segera.

Bagi pembeli yang membuat tempahan untuk Atto 3 Ultra semasa acara ini, anda layak mendapatkan kit badan Ultra pada harga istimewa — hanya RM1,999, berbanding harga asal RM6,000. Promosi ini eksklusif untuk PACE dan juga terhad kepada jumlah tertentu.

Sementara itu, BYD Seal, sedan elektrik jenama tersebut, ditawarkan bersama diskaun tunai RM25,000 serta pakej servis percuma selama tiga tahun. Sebagai tambahan, pembelian mana-mana model BYD baru sepanjang acara ini juga akan datang bersama kredit pengecasan bernilai RM300, memberikan nilai tambah kepada pengguna EV.

PACE 2025: Rebat tunai sehingga RM25k untuk BYD Seal, RM10k untuk Sealion 7, diskaun kit badan Atto 3

Jika ingin melihat model akan datang dari BYD, pengunjung boleh meninjau Atto 2, SUV elektrik kompak yang bakal berada di antara model Dolphin dan Atto 3 dalam barisan BYD Malaysia. Model ini dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai dan PACE memberikan peluang eksklusif untuk anda melihatnya terlebih dahulu sebelum pelancaran.

Seperti biasa, pembelian kenderaan di PACE bukan sahaja menjanjikan tawaran menarik dari jenama yang terlibat, malah disertai pelbagai ganjaran tambahan. 200 tempahan kenderaan pertama akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Untuk 40 tempahan motosikal baharu pertama, baucar bernilai sama turut diberikan.

Bukan itu sahaja — setiap tempahan kenderaan baru yang disahkan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk 10 unit telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu, serta hadiah utama berupa pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

PACE 2025 bukan sekadar pameran, ia adalah peluang untuk memiliki kenderaan idaman dengan tawaran luar biasa dan ganjaran istimewa. Jangan lepaskan peluang ini — hanya pada hujung minggu ini di Setia City Convention Centre.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required