Proton Saga Cross — bayangan pesaing bagi Ativa/WR-V/Tiggo Cross; sub-jenama Saga terbaru?

Proton Saga Cross — bayangan pesaing bagi Ativa/WR-V/Tiggo Cross; sub-jenama Saga terbaru?

Memang ada bertiup khabar angin yang mengatakan bahawa Proton sedang merancang sebuah lagi sub-jenama baru bagi Saga. Untuk itu, pereka Theophilus Chin tidak melepaskan peluang untuk membayangkan sebuah rekaan Proton Saga Cross — sebuah SUV kecil yang akan menyaingi Perodua Ativa, Honda WR-V dan Chery Tiggo Cross.

“Bayangkan satu barisan kenderaan yang membawa identiti berikut — Saga Persona, Saga Iriz, Saga Exora dan Saga Cross,” tulis Theo dalam perincian videonya di YouTube, yang mana masing-masing merujuk kepada rekaan konsep bagi sedan, hatchback, MPV dan SUV bagi model Saga. Jika ini benar-benar terjadi nanti, maka model Perodua Bezza, Axia/Myvi, Alza dan Ativa akan menerima saingan terbaru kelak.

Proton Saga Cross — bayangan pesaing bagi Ativa/WR-V/Tiggo Cross; sub-jenama Saga terbaru?

Apa pun, rekaan yang ditampilkan ini nampak menarik — lampu utama bersegi dan bersekali dengan rekaan gril lebar, logo Proton serta elemen “busur panah” melingkar di bawahnya, lengkung tayar hitam, landasan bumbung, garis bahu tiang C ala X70, lampu belakang berkelebaran penuh serta elemen ala diffuser di belakang yang menempatkan corong ekzos berkembar.

Ketika ini, ramai yang sedang menunggu pengenalan rasmi Saga MC3, dengan kod nama AMA01 (merujuknya sebagai model pertama yang menggunakan A-segment Modular Architecture yang baru). Dan, melibat kepada kod 01 yang digunakan, ia secara tak langsung mencadangkan akan ada model lain nanti dengan kod 02 atau 03 dan seterusnya, kan?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required