917,350 saman memandu tanpa lesen dikeluarkan antara 2023 hingga Jun 2025 – JSPT Bukit Aman

917,350 saman memandu tanpa lesen dikeluarkan antara 2023 hingga Jun 2025 – JSPT Bukit Aman

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengeluarkan sebanyak 917,350 saman atas kesalahan memandu tanpa lesen di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun antara 2023 hingga Jun tahun ini, laporan khas Harian Metro.

Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, daripada jumlah itu sebanyak 329,188 kes direkodkan pada 2023, manakala 367,856 kes (2024) dan 220,306 (setakat Jun tahun ini). Di mana jumlah itu menunjukkan berlaku peningkatan kes setiap tahun dengan lebih 200,000 kes direkodkan hanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Peningkatan kes itu juga disebabkan oleh tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh JSPT dalam usaha menangani kes ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya. Saya sudah mengarahkan pegawai dan anggota JSPT di seluruh negara supaya meningkatkan tindakan penguatkuasaan melalui operasi dan pemeriksaan yang berterusan,” katanya.

Mohd Yusri turut berkata, jumlah saman bagi kesalahan membenarkan individu tanpa lesen membawa kenderaan turut menyaksikan peningkatan apabila 6,587 kes direkodkan pada 2024 berbanding 6,178 kes pada 2023. Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini pula, katanya, sebanyak 3,863 saman sudah dikeluarkan JSPT atas kesalahan terbabit.

917,350 saman memandu tanpa lesen dikeluarkan antara 2023 hingga Jun 2025 – JSPT Bukit Aman

Di samping meningkatkan penguatkuasaan, beliau berkata, pihaknya turut melaksanakan advokasi dan kempen pencegahan kepada semua peringkat terutama di sekolah.

“Pegawai JSPT akan ke sekolah termasuk melalui jemputan pihak sekolah untuk memberikan ceramah dan program pendidikan keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun.

“Ini kerana kita melihat penyumbang utama kes kemalangan termasuk maut adalah penunggang motosikal yang berusia antara 16 hingga 35 tahun. Kita lihat trend ini meningkat dan membimbangkan, jadi kita menguatkuasakan lagi tindakan dan siasatan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga melancarkan kempen kesedaran berskala besar dengan slogan ‘Jangan Normalisasi Anak Memandu Tanpa Lesen’ di media sosial, media massa dan pembabitan selebriti atau pempengaruh untuk menarik perhatian golongan muda.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required