Kenderaan mewah, pemilikan hartanah antara kriteria tambahan dalam tentukan kelayakan subsidi RON95

Kenderaan mewah, pemilikan hartanah antara kriteria tambahan dalam tentukan kelayakan subsidi RON95

Pemilikan hartanah dan kenderaan mewah akan dijadikan antara kriteria tambahan dalam menentukan kelayakan seseorang individu bagi subsidi petrol RON95, laporan Free Malaysia Today.

Kriteria lain juga merangkumi pendapatan bulanan, dan kerajaan berpandukan butiran daripada pelbagai sumber data, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta penjelasan mengenai bagaimana kumpulan yang layak akan dikenal pasti.

Selain itu, kelayakan juga akan ditentukan dengan merujuk silang (cross-referencing) pelbagai sumber data, termasuk rekod pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tinjauan pendapatan isi rumah (HIS) daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), laporan The Edge Malaysia.

Pada bulan Julai, Anwar mengumumkan bahawa harga petrol RON95 bersubsidi akan dikurangkan kepada RM1.99 seliter apabila subsidi bersasar bahan api itu mula dilaksanakan pada akhir tahun ini. Butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi bahan api tersebut akan diumumkan pada bulan September, menurut ucapan Perdana Menteri pada Julai lalu.

Kenderaan mewah, pemilikan hartanah antara kriteria tambahan dalam tentukan kelayakan subsidi RON95

Kementerian Kewangan (MoF) berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memantau kestabilan harga bahan api serta melindungi kepentingan orang ramai apabila rasionalisasi subsidi RON95 dikuatkuasakan, menurut laporan tersebut.

Kerangka itu juga akan memanfaatkan data daripada PADU, pangkalan data sosio-ekonomi kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan awal bulan ini.

Hanya bukan warganegara dan mereka yang berkemampuan membeli bahan api tanpa subsidi tidak akan layak menerima subsidi, yang kini menelan kos sekitar RM19 bilion setahun kepada kerajaan, menurut Kementerian Kewangan. Peralihan daripada sistem subsidi menyeluruh kepada sistem subsidi bersasar dijangka dapat menjimatkan sekitar RM8 bilion setahun, menurut kenyataan kementerian itu sebelum ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required