Tidak lama lagi, MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM, menurut laporan The Star.
Namun buat masa ini, anda boleh log masuk ke kedua-dua aplikasi tersebut menggunakan sama ada MyDigital ID atau nama pengguna dan kata laluan sedia ada. Namun begitu, MyDigital ID tidak lama lagi akan menjadi satu-satunya cara untuk mengakses kedua-dua platform kerajaan tersebut.
“MyDigital ID sebagai Satu Log Masuk menjanjikan era baharu pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus. Kami komited untuk memastikan setiap pengguna menikmati kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan tertinggi, dalam masa yang sama mempercepatkan transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim.
Nampaknya kerajaan benar-benar serius untuk memastikan semua rakyat menggunakan MyDigital ID – ia mungkin akan diwajibkan bagi akses ke platform kerajaan seperti PADU, HRMIS Mobile, MyBorderPass, MyGov Malaysia dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.